Wednesday, December 30, 2009

2009 :: Tersangat- sangat . . . .

tersangat-sangat ape?? Busy? Happy? Gila?? Hectic? Ceria? Lucky?

haha. Semua diatas.. Serious cakap.

WHY??

Kerana hidup ku di UiTM Shah Alam. Yeah, aku kini pelajar Universiti. Wah begitu gah bunyinya. Mahasiswi Universiti. Disinilah aku memenuhi segala impian ku, disinilah segalanya bermula. This is where it can make u, or break u. Wahhh hidupku berubah sejak dari situ.

Pelbagai pengalaman aku pelajari di sini, dan akan aku terus pelajari. aku telah bertemu pelbagai ragam manusia disini, dan juga disini aku telah banyak keluar dari diri aku yang dahulu. Yaaaaa aku telah banyak berubah. 

Disnini juga aku kenal erti persahabatan. Maksud aku aku telah buat kawan baru yang agak ramai. Antara Kawan yang aku boleh gelar sebagai best friends ialah Ariana Puteri dan Shahrul Azam Reddy. Tapi aku tak tau la kalau mereka juga anggap aku begitu. Entah2 aku je yang angkat bakul. Kalau ye, aku begitu sedih.

Aku baru sedar, hidup aku di UiTM baru sahaja bermula. Yela, baru berada di part 1!!!. Dengan berani aku kata, begitu muda usia ku disini. Begitu immature. Jadi aku tak berani untuk menjadi seorang yang egoistik, i am here to learn. Jadi kepada  semua, teach me everything u know. I will grow form here and become a better person. Jadi aku ingin mengucapkan terima kasih kepada senior2 ku yang telah menjadi contoh yang baik kepada aku. Abg Meor, Abg Ra'fiq, Kak Caca, Kak Ella, Abg Aril dan ramai lagi yang telah aku jadikan contoh. Thnks a alot u guys!

Jangan dilupakan kepada Lecturer2 ku kerana sudi mengajar aku. Walaupun aku hampir memperoleh Dekan, tp aku tak berjaya jua akhirnya. Aku terkandas. Jadi aku telah menghampakan diri aku sendiri. Tapi aku tetap berterima kasih kepada Pn Bariah, Dr Rahmat, Pn Shahanum, Madam Shayu, Ustaz Taqi, Cik Faizah, dan Dr Asma serta semua lecturer di Fakulti aku.

2009 merupakan tahun yang amat bermakna. Tahun dimana lahirnya segala kemungkinan. Tahun dimana aku digelar mahasiswi UiTM Shah Alam mengambil jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Instruksioanl dan Latihan).

Aku disini ingin meminta maaf atas segala kesilapan yang mungkin aku pernah lakukan. Kini 2009 hanay tinggal kenangan, 2010 dihadapan.

In 2010 anything is possible.

Goodbye 2009, say hey to 2010...!