Monday, November 28, 2011

It's Been Awhile

Hey ho howdie! Its been a while since i updated the blog and so many things have happened ! Nothings change much (yet) so fingers crossed for anything that may come.

Its nearing end of the year (Yahhhh its been a year!). 2011 is coming to an end. and here comes 2012 (in a months time). So hoping that all the ho-ha about the world coming to an end in 2012 is not true. With all those crappy movie thats been made about it, my conclusion is that, we are DOOMED. DOOMED i tell yah!!

On a more somber note, i am now 22 years old !!! (a month ago lah). Yeahhhhhhhh. I'm old -_-

Wednesday, August 24, 2011

Cubaan

Mari cuba blogging dgn Blackberry !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 15, 2011

Tanpa kata-kata

"Words carry different meanings every time"

Kata-kata ni sebenarnya besar impaknya kepada hidup kita tanpa kita sedari. Bila kita fikir-fikir balik lah kan, mesti kita baru tersedar kepentingan kata-kata. Dalam hidup kita ni, kita selalu take things for granted. Kita biar je hidup tu lalu depan kita.

Kita kena ingat kata-kata kita itu memberi impak besar kpd org lain dan juga kpd diri sendiri. We are our own motivator. Jadi bayangkan efek kita terhadap orang di sekeliling kita. Heheheh

So tiba-tiba topik yg serius. Hehehe. Entah tiba2 nak berkata-kata ttg kata-kata. Hari Isnin pada minggu yang baru, hari yang baru kita lakukan lebih baik dr semalam. Segalanya bermula dalam dii sendiri.

Ehhhhh dah 2 minggu kita puasa, tak cayalah !!! Raya is just around the corner !! Weeeeee. Rabu ni pun cui umum. Harap dpt ke Shah Alam masa tu utk last minute shopping !!

Okayh, itu je folks. Have a great day !

Saturday, August 13, 2011

Bila Ada dan Bila Tiada

Okay tajuk yang agak tak tahu meaning (deep lah konon kan). Haha. So dilihatkan hari ini hari Sabtu, yup tengah kerja pada hari Sabtu. Backdated files. Huarghhhh.

So a very short post. So nampak sgt tiada kaitan dgn tajuk.

Its the weekends kerja pun dah habis. Sekian !

Syukur !

Monday, August 8, 2011

Puasa

Dah lama tak hapdate kan, busy sgt last week dan ketiadaan internet dirumah agak membantutkan misi hapdate blog. Arghhhhhh.

Okay berita paling paling utama, dah beli BB !! Curve 3G. Sgt cool dan internet agak laju tp agak geram dgn pelan baru MAxis, so confusing. Nak email pun tak boleh. Web browsing pun a no no. Apps world pun just guna wifi dan ini semua bawah plan Social. Grrrrrr.

Selain pd tu, sukanya dah ada BB semula. Arghhhhhh. Hehehe. Eh so skrg dh masuk minggu kedua puasa, Alhamdulillah minggu pertama, puasa okay je. Kekadang je naik angin dan pening yg ekstrem. Kali pertama merasa kerja masa puasa, susah jugak kan sbb waktu mnjadi faktor. Kena beli motor ni. Heeeeee

Jadi selamat berpuasa kpd semua umat Islam di dunia. Wah kunon ramai yg baca kan. Heeeee. Dalam bulan puasa ni juga aku dah mula rajin ke dapur? Kenapa? Aku pun tak tahu lah. Tiba terasa kagum tgok mak aku, kerja dia, masak dia, semua dialah. So nak try tlg sikit. Heeee.

*** nota bawah sekali - Selamat berpuasa. Kbai !

Thursday, July 28, 2011

Masa


Haaaaa bila dah mula kerja ni barulah terasa masa tu berjalan dgn cepatnya, sampai tak cukup masa nak buat kerja. Tak lama lagi aku dgn Sherilyn dah incharge dubroom ni fully, sgt scary okayh!!! Kerja dah mula menimbun, graphics pulak tu. Mmg akit dah mata aku ber'panda' ni. Ingat masa semester je mcm ni, kerja pun sama. Huh!

*** dengar Lyla - Oasis

Tapi selain dari tu, hidup is naice!! Hehe. Harapnya dln next week, ill get a new baby. Arghhh how i miss BBM. Hehehe. Then kumpul-kumpul for Macbook Pro. Hiyakkkkkkk.

Abg Apis kat Perlis lah, kena kursus. Hahah. Padan muka dulu duk perli kena g kursus, hamik kau skrg kena g for 5hari!!!! Muahahahahahahah.Oh hari ni juga harijadi YB Ijal. Hadoiyai. Oh Adi juga nak balik JB, goodbye!! Apa lagi ye??

Haaaa malam ni Harimau Malaysia akan lawan bola dgn Singapura for Olympic qualifiers. Go Harimau Malaysia !!! Rooooaaaaaaarrrrrr


Sunday, July 24, 2011

Sundae


Hari ini hari Ahad, bila Ahad pada kebiasaannya adalah hari cuti utk semua (kpd yg kerja tu, kesian. Hehe. Just kidding! Mesti korang cuti hari lain kannnn). Okay bila Ahad ni datang, antara dua je aktiviti aku, eh salah 3.

1. keluar dgn member
2. keluar dgn family
3. rehat kat rumah je

Tapi utk minggu ini, aku pilih yg ke-3 !! (sorry Adi, malas bebenor nak keluar lah. Hehe). Tadi pagi ke pasar kat TTDI tu, seperti baiasa, ramailah orangnya. Sekarang ni dah ke aktiviti seterusnyalah, rehat!!! Akhirnya dpt aku melepek kat katil aku ni. Puhhhhh rindu !!

*** nota tengah - #nowlistening Teenage Dreams - Boyce Avenue

Semalam ada ke kena marah. Grrrrrrr. Tak pasal2 plak tuh. -_- !! Yaw brotha, selamat la aku ni jenis chill je, if tak, keluar asap tau !. If ada mslh tu, ckp slow2 suda. Aku ckp je gigit2, bkan buat betul pun (aku bukan karnivor!!). Seumur hidup aku (yg aku igtlah), aku pernah dua kali je terlepas marah org. Puhhhhhhh cukuplah. Paham-paham jelah, aku jd hulk cuma warna merah la. Hehehe.

Okay perlu fokus sekarang !! Kerja harus disiapkn, esok present / brainstorming !!

Khas utk org yg marah aku semalam : Nahhhh

di.hatiKu.sentiasa.Muda


"Alangkah indahnya dunia, bila ktia semua akan bersama selamanya"

Saturday, July 23, 2011

Gambaran : Mas & Ajib

Sehari bersama Salma Zais : Jurugambar














A side project as a jurugambar perkahwinan. Semoga Mas & Ajib berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin.

Thursday, July 21, 2011

Saya boleh berubah !!

Apa Ku Buat . ?!



Roooaaaaarrrr!! Sempena OS Lion dah keluar kan, yg mana aku tak nak beli lg. Tunggu Macbook Pro !! Kumpul duit sudah bermula, hiyakkkkkkk. Ambitious berbenar aku ni. Hadoi

So nak masuk sebulan dah aku kerja kat sini and yeah it has been a blast. The work is gradually picking up right now. Suka suka!

Dalam bbrp minggu lg puasa akan tiba, kali pertama puasa masa kerja! Aku akan try terbaik aku utk berjaya mengharungi bulan Ramadhan ini. (Harapnya, seorg abg aku tu berjayalah dgn apa yg dia nak. Hehe). Puasa masa kerja, mcm best je sbb kerja aku tak guna tenaga sgt la kan.

Hari ni dah Khamis and aku belum tengok Hary Potter or even Transformer. I noe sgt lame!! Tp weekends busy sgt sejak dua menjak ni. Huuuu.

Itu jelah. Sayonara !!


Tuesday, July 19, 2011

rindu . !

errrr aku rasa more to bosan kot. Heeee. Phone abg Apis tercicir jd, senyaplah dunia. Tak dpt buli dia. Grrrrrr

Thursday, July 14, 2011

Obsesi : Azam Reddy

Sbb kan aku takde idea nak tulis apa semalam, termuncul di otak tajuk ni, dan dicabar oleh Azam lah utk menulisnya. Haha. Kan dah satu blog entry ttg kwn baik aku dr MassComm ni!!

Bila detik mula kenal? Aku pun tak tahu, yg aku igt tiba-tiba dia dah jadi kwn baik aku. Hahaha. totally weird huh?! Kenal of course masa PPW, masa MDS mana nak kenal lah kan. Lepas tu kita mula terjebak dgn segala bgai aktiviti di uiTM tu ha bermualah dgn MASSA (ko lari ke SMF kan skrg?! Haha).

Lepas byk punya byk join events, terjadilah rapat. Masuk sem 2 rasanya trus terjadilah kita kawan baik. Yeahhhhh.

Azam ni byk ragamnya, tapi yg paling penting, DEGIL!! Suh makan pun susah, diet kunon. Ceit. Sejak dua tiga menjak ni dia asyik kena gastrik je. Smpai pucat-pucatlah muka dia. Hehehe. Kuat merajuk, ini mmg. Hahaha. And suka sgt tidur lewat. Ish3.

Okay, itu negatiflah kot. Yg positifnya, dia ni suka snyum dan ketawa (Sbb tulah PB2 semua sukkkkaaaaa abg Azam. Haha). Kawan yg baiklah, tak bosanlah kenal dia ni. Kiteorg bkan g aktiviti kat UiTM je, tp kat luar je. Gambar aku plg byk konfirm mamat nilah. Hahaha. Beralbum-album, best of buddies la kaakan. Hehhehe.

Senang cerita, bertuah ah aku dpt kenal mamat ni. Ko tak pyh nak kembang sgt sbb aku tulis entry ni ye, sbb aku mmg xde idea sgt dah. Hahaha. Tapi jgn risau ikhlas lah apa aku cakap. Dia ni satu lagi, perangai agak sama dgn aku, itu sbb ngam kot.

Dah dah dah. Itu jelah nak tulis. Hehehe.



Wednesday, July 13, 2011

Kek

Rabu .

Dah hampir 2 minggu aku kerja, and it is ohsemlah! (sambil typing invoice kerja ku. Haha. Gaji!!). Susah juga cari duit ni kan, dahla tgok wishlist aku tu panjang bkan main!! Hampir semua techy stuff lak tuh. Pokai. Haha.

So Sabtu ni akan balik Raub, sambut menantu Jaimi dan tahlil sekali. Hehe. Tak sabar! Heck yeah.

Jadi aku dpt assignment drpd boss utk buat promo or rebranding for MAS, and sgt2 blur ni!! Aku bukan advertisers sgt. Haha. So ive got a basic idea lah. Nak bg tumpuan kpd culture di M'sia ni ha. Juga sedang editing gambar utk kahwin adik YB Ijal lg ni ha. Grrrrrrr.

So mari sambung kerja sekarang. Fokus!

Tuesday, July 12, 2011

Perkahwinan

Sabtu dan Ahad baru-bau ni aku diupah utk menjadi jurugambar perkahwinan Mas + Ajib (adik abg Ijal. Abgnya InsyaAllah tahun depan katanya. Amin!). Lokasi rumah pengantin perempaun di Kg. Selamat (Aku igt kat Pahang je ada kan Kg Selamat. Okay rindu kampung!!). Mmg meriah yg teramat lah, dengar smpai kena reprint kad jemputan (800 org dijemput!!). mmg tak menang tanagan lah kan aku nak amik gmbr.

Dah la abg Ijal tu kata kat org ramai aku ni org German, dlm semua bangsa itu yg dia pilihnya. Huh!! Bg la British ke? Habis satu kg tanya aku "Akk2, abg Ijal kata akk org German kan?". Aku apa lagi lah, siap tmbh cerita!! "Ye Dik, lahir kat German, tp stay lama dah M'sia ni. I Love M'sia!!". Komen mcm akk ni gebulah, comellah mmg berlambak (kembang sat!!)

Selain tu, it was a sweet wedding. Pengantin dia mmg best dan sporting blaka. Family dia lagilah kan, terbaik!! Hehe. Jadi kini dlm proses editing lah gmbr2 nya, YB Ijal nak Ahad ni. (Jgn marah!).

Lain kali if ada sesiapa nak aku jd jurugambar, silalah jemput ye!!

Kecewa

Kita akan kecewa bila kita mula mengharap, itu sesuatau yang pasti. Takde manusia dlm dunia ni yg tak pernah kecewa. Kalau ada, tahniah! Anda hebat. Tp aku, kecewa mmg selalu. Wahhh tiba-tiba sedih pulak topiknya.

(Dah malam2 buta, sayu mayu lah smbil dngar lagu Sepasang Kurung Biru)

Tapi sekarang aku tgh kecewa dgn kawan2 ku. Huh! Bila dah happy, terus lupa org yg tlg. Hakikat manusia mmg mcm tu la agaknya? Bila susah baru nak carik kita. Huh! Tu jelah entry malam ni, harus tidur. Kerja at 9pg!! I love my Work!!

Monday, July 11, 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda *SMGM*









okay, program ni seminggu lalu (30 Jun - 3 July) tp ni baru aku dpt hapdatenya. Yela kan baru mula kerja, timing semua out. Minggu lepas balik kerja je aku tidur, so paham-paham jelah bila tak hapdate blog kan!! (Alasan, padahal masa kerja boleh je nak online kan tp sbb minggu pertama, so takkan nak online smbil kerja pulak!)

Kembali ke jalan yang benar, SMGM mmg ohsem okay!! Dapat jumpa adik-adik dari Pekan dan Sembrong. Majoriti yg aku sempat jumpa semua budak form 5 lah. Selama 3 hari 2malam kami, pelajar UiTM, telahpun menjdai Mentorkpd Mentee2 sekalian. (Ye aku Salma Mentor! Haha). Bila aku jumpa 5 org adik-adik aku ni, semua tercengang jugak lah igtkan akk ni Mat Salleh. Haha. Si Cik D tu, siap tanya "Akk ni perlu salam ke?". LOL!!

Hari pertama kira agak kelam-kabut jugalah, baru nak mula program biasalah kan. Ehhhhh satttt lupa, Rabu dan Khamis tu kami, mentor, telah lalui sedikit Seminar pendek mengenai peranan kami sbg Mentor. Mari teruskan!!

Bila masuk hari kedua, semua dah berjalan agak lancarlah. Sambil adik-adik dikursuskan dlm Dewan Sri Budiman, kami mentor tidak dilupakan. Kami menerima nasihat kerjaya dari segi interview resume dan pelbagai lagi. Terima Kasih UiTM!! Oh semua ni berlaku in the sub zero dewan Annexe. Hehe.

Haaaaa pada hari kedua ni, malam tu best sikit. Mentor2 disajikan dgn BBQ oleh pihak H2O. Sgt ohsem!! Sambil karok sikit2. Hehehe. Masa ni adik-adik berada di dlm dewan DSB menyiapkan tugasan mereka.

Hari ketiga kami bawa mereka ronda2 UiTM, bermula dari Mawar sampai lah ke DSB. Aku bawak mereka ke DATC, lalui kolej2 kediaman dan juga tak dilupakan konti UFM! Nampaknya ada beberapa daripada mereka tertarik dgn pekerjaan DJ-ing ni. Cantek lah! Hehe.

(nampaknya internet sini slow sikit, so gmbr akan dinaikkan kemudian!!)

Pada hari ketiga ini jugalah kami menerima kunjungan Datuk Hishamuddin Tun Hussein dan keluarga bg majlis Perasmian Penutupan SMGM tahun 2011 di UiTM, Shah Alam.

Pengalaman program ni mmg lain pada lain, kami dah mcm Nanny or parent kpd budak2 ni (Jgn marah adik2. Heeeee). Tp yelah kami diberikan number by group so waktu makan, balik dan pergi semua ikuta nmbor. Kami no 155, so bayangkanlah berapa lamanya aku tunggu anak- ku. Heeeeeee.Other than that this program is sgt2 best dan harus diteruskan dan jgn lupa dikembangkan kpd pelajar sekolah-sekolah yg lain pula. Baru lah adil lagi saksama.

Program seperti ini mampu memupuk semnagat usaha dalam jiwa adik-adik utk meneruskan pengajian ke menara gading. Mana taknya, tengok lah size UiTM tu kalau dibandingkan dgn sekolah-sekolah mereka (Sekolah aku dulu cute je!). So semoga matlamat program ini tercapailah, semoga dipupuklah semngat di dlm jiwa adik-adik yg hadiri seminar ini.

Nanti adik-adik datanglah ke UiTM lagi ye, kami alu-alukan ^_^!!

Isi Blog Minggu ni

Oleh kerana dah lama tak hapdate, longgokan entry akan muncul antaranya :

1. SMGM
2. Wedding
3. Kecewa

Dgn otak yg tgah mamai, ni je yg igt. Haha. Goodnight

Wednesday, June 29, 2011

Satu Lagi Hari

Hari ni hari Rabu (eh ye ke? Jap check kalender. Okay betul. Hehe). Minggu ni aku join program Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) dianjurkan oleh UiTM (duh?!). Basically kiteorg jd mentor utk budak2 sekolah menengah la. Baru je sampai ni, saja nak check ada internet tak? So jelas sekali mmg ada lah kan. Hehe. Yeeeeaaaayyyy

Aku dpt bilik tgkt 7! Penthouse gitu, rumate cikgu Farah ye. Heeee. Kul 4 kang berkumpul lah, takilimat then bla bla bla. Mcm biasa la bila kursus ni.

Okay hopefully Isnin ni aku dah start keje (Yipeeeeeeee). Td dpt call. Sengih pun tak habis lg ni. Hehe. Kerja mcm bosan skit tp dah aku minat. So nak nyanyi lagu Monday, Monday (nada lagu Rebecca Black tuh). Hehehehe.

So bermula aku menjadi Salma Mentor (nak jugak!) dlm 2 3 hari ni. Jumpa hari Jumaat adik-adik!! Cheers

Tuesday, June 28, 2011

Interbiu Paling Lama

2 entry dlm satu hari? Wah wah wahhh. Hehehehe. Ni saja coretan buat hari ni ttg apa berlaku td. Kali pertamalah aku interview hampir sejam kot, eh salah, lebih sejam!! Mcm2 ditanyanya, tp bila dia explain flow kerja dkat sana, agak simple and straightforward lah. Falsafah mereka (lepas aku rumuskan. Pandai2 je aku ni) jika kita usaha, dan kita akan berjaya dlm company mereka tu.

Alhamdulillah expected salary yg aku letak acceptable (kalau aku tau, aku letak tinggi lg! Hahaha. Just kidding!). Environment tak pyh ckp la kn, mmg sgt sgt OHSEM! Kalau la fakulti kita mcm tu kn, mmg students tekun je belajarnya. Heeeeeee

Harap dpt lah kerja ni sbb mmg aku minat! Production Assistant, jgn igt duk depan lappy editing je tp dpt uji social skills aku jgak. Errrrghhh!! Mcm biasa kita kena start from bawah la kn, takkan terus nk jd editor bagai. Haha. And sprt dijangka, fully Mac. Selamat la aku reti guna. Puhhhhhh.

** obses! dgn iOS5. Mungkinkah impianku nak ada iPod Touch semakin dekat?!

Itu kamu, Jun!

Dah akhir bulan Jun pun, lepas ni nak masuk dah Julai. Cepat juga masa terbang kan, errrr not really. Sebab dlm bulan ni, aku tak kerja. Jadi enof said, saya bosan!. Harapannya dlm bulan Julai ni dptlah kerja ;

1. hilang bosan
2. duit!

Jadi karang aku mmg ada interview lah, dua lg. (Apa ntah aku, nak atur interview hari sama! Gila!). 1 tu aku dh citer dlm entry lepas (Erk! Rasa dah citer lah), so tak pyh nak ulang. Jadi kerja pulak. So satu lg tu sbg Barista dkat Wondermilk (nyum! Cupcakes!). harap-harap antara satu ni dptlah. Xmau dh duk rumah lama lama lamaaaaaa!!

Walau baru nak masuk Julai, aku dh beli baju-baju Raya ku. (Overly cepat! Aku tau). Tapi saja, tak kisah la trend baru ke apa keluar, kisah apa. Tema aku tahun ni Merah! (InsyaAllah Raya jatuh dlm bulan Kemerdekaan, hari Merdeka lagi!). So takkan aku nk pilih kuning or biru plak! (erk!!!). So merah la jadinya. Lengkaplah utk baju-baju minggu pertama Raya. Haha. Semua berunsur merah! Lagipun tak mampu lah nak beraya sakan sgt sbb semester pun bukak 12 September kan.

Apa lagi ye? Hmmmmm. (Fikir jap) . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . masih fikir

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Okay tu jem tak tahu dah nak tulis apa. Mind block. Nebes esok interview (eh karang!). Jadi otak pun efek. Hadoiiiii. So wish me luck kay, dpt kerja then gaji, aku belanja. Haha

Monday, June 27, 2011

Tua = Hadiah

Nak cakap pasal hadiah lah. Bila hari jadi dtg je, msti expect nak hadiah kan. Dari mak, ayah, adik, abg, kawan-kawan dan mestilah yg teristimewa (if ada lah). Kira dlm bayangan mmg bertimbun lah hadiah tu, tapi hakikatnya? Hahaha. Adalah 1 or 2 je hadiah. Yela dr parents 1 and dr membe yg igt 1.

Masa kecik-kecik dulu boleh lah nak dpt bertimbun kan, dah tua-tua ni, harapan jelah. Dah ada duit sendiri kan, beli sendiri sudah. Kata org lah. Tp for me, duit ada pun sometimes bila terima hadiah tu mmg best! Dpt that warm feeling yg org still igt kat kita, igt hari jadi kita.

That is why aku selalu bagi hadiah kat org sekeliling aku (bila mampu lah). Depa tak balas balik pun xpelah, asalkn aku dpt tgok dorang happy. Tak bg hadiah, aku akan make sure aku akan belanja dorang. So tahun ni takde bezanya. Jadi for a reminder to myself, nak buat list hadiah sekarang! Who's are those lucky people??

1. Mak - her latte and maybe a new tudung
2. Abang - something chef-ey
3. Que - belanja makan sudah
4. Azam - dah lepas, tp tak buat apa lg!
5. Adi - jersey Man U boleh kot
6. Ayu - perfume
7. abg Hafiz - vitamin bodybuilding!! Haha

Errrrr to be add on later lah, ni je yg dpt fikir. Haha

Aku nk listkan apa aku nak juga lah (Mana tahu ada org nak bg kan! Haha). Aku nak :

1. Perfume
2. iPod Touch
3. Lens!

Ehhhh takpelah, itu wishlist je, nak bg apa2 aku terima (No Adi, xnk fwoggy dah! Haha).

Lengkaplah entry utk hari ni, nak tulis pasal hadiah! Jgn lupa harijadi aku, 12/11 ni! Tak kira hadiah apa yg anda bg pun, yg penting kena ikhlas. Walau sebiji coklat pun. Hahaha.

Kbai

Sunday, June 26, 2011

Kawan

Kawan ni ada mcm2 jenis, kalau nak terangkan semua mmg satu blog tak cukup. Kali ni nak buat entry pendek jela (dah jam 6pagi kot!). Dalam byk2 kawan tu, bukan semua yg sebenarnya kawan. Ada yg hanya gunakan kita bila mrk perlu saja.

Okay dari aku kutuk kawan-kawan aku kan, ini dia janji aku pd org-org yg aku anggap kawan.

Pada aku, kawan ni mmg unik. Dia rapat dgn kita tp bkan keluarga. Yg peliknya biasanya kita akan lebih selesa dgn kawan drpd family. Aku mmg rapat dgn kwn2 aku, selalu jd tmpt mrk mengadu tp for me, aku tak suka susahkan kwn2 dgn mslh aku. My problems are mine.

Jgn salah fhm, tak kisah bila ada mmbe mengdau mslh pd aku (serius!) tp jgn expect aku akan kongsi juga. Itu aku. Bukan aku ni sombong ke apa, tp itu cara aku. Dari aku dngar mslh dorang secara tak langsung ianya dpt mmbantu aku juga dlm selesaikan mslh sndiri. Ye tak? Aku nk tgok kwn aku smua berjaya, dan kalau dia tikam belakang aku, dosa dia yg dpt. Bukan aku, jd watpe nak dendam smpai tak ckp, gaduh2. Bazir masa! Tell me anything and aku akan try tlg ko. Janji!

A good friend is always there for you, dan itu aku percaya. Lepas ni jgn takut plak kwn2 aku nk gtau bnda pd aku. Hehhehe. Aku ckp je aku mcm mana. Skrg aku tlg dia, mgkn satu hari nanti dia tlg aku plak. Itu dia entry hari ni.

Oh thanks kpd semua kwn-kwn ku yg sntiasa sokong aku dr belakang. Lepas ni aku push korang lg kay. Cheers! Haha

****nota bawah - lagu today Altimet feat Noh - Kotarayaku

Saturday, June 25, 2011

Sambil Tunggu Washing Machine Siap

Yeahhh sedap tajuk hari ni, tp hakikat. Mmg satu idea yg bgus utk basuh baju mlm2 ni kan. Satu je kekurangan, lmbt lah ku tidur! Hadoi. Hahaha. Mata dh merah, rambut bau mcm Apple Cidar Vinegar dan best sekali, denyut2 lah ini kepala (Thanks shampoo!).

Errrr mcm biasa tiada topik khusus. Just nak cerita apa berlaku hari ni. Dah mcm diari dh blog ni kan. Hehehe. Nampak sgt malas nak angkat pen menulis (Patutlah masa exam je, lenguh tangan. Exam je lenguh tangan. Hehe)

*nota tengah - Lagu hari ni Black Magic Woman!

Tadi dpt job interview lagi!!! Production Assistant (kira kuli batak jela dlm dunia MassComm ni) tp mmg kena mula dr bawah kan. Company dia mmg aku terkejut sgt, Stellar Inflight and antara klien dia Air Asia dgn MAS kot. Hahahaha. Mrk handle IFE (Indoor Flight Entertainment) for kapal terbang. Gah gila bunyinya. Hehe.

Alhamdulillah, rezeki tu ada. If kerja ni tak dpt, kerja biasa pun boleh. Gila lg 2 bulan kot!! Mati katak kat rumah. Hadoi. Huish tp if dpt opportunity ni, best gila experience dia. Interview hari Selasa ni, Errrr nebes!

Oh tak sabar akhir bulan ni, birthday my baby Que (kawan baik ni!!). Kami nk tgok Potter, taksub sgt dia nk tgok ni ha. Padahal aku yg peminat. Hehehe. Aku juga lah yg kena belanja (Hari jadi dia, bolehlah). Apa present nak bg dia ni? BFF wo, selain saudara Azam Reddy lah. (Malam ni dia tidur okay! Fuyohhhhhh!). Azam nak join ke? Hehe

Berita gembira Malaysia ;
1. Malaysia (pasukan muda) layak masuk kelayakan Olimpik! Golongan 12 team terbaik di Asia!
2. Sepah menang Maharaja Lawak! Tapi aku kira Nabil lah kayo, sbb 150k, xpyh split2. Haha.
3. Harga Astro naik (gembira ke ni?)

Hahaha. Okey sudah merapu, nak sidai baju sudah (Weeeeee sudah siap, sudah siap!). Till next time peeps.

Friday, June 24, 2011

Kita akan OK


Got our friends, we'll be alright

Jumaat

Dulu masa zaman sekolah-sekolah, Jumaat ni lah yg paling tak sabar nak ditunggu kan. Bila fikir balik, masa semester pun sama jela. Bila dah Khamis je, mmg tak sabar nak Jumaat.

Sebab nya terang lagi nyata, Jumaat melambangkan hujung minggu dah dekat sgt2. Kena lalui sehari je lagi sebelum chill time! Tak kira la kat mana pun anda berada, Jumaat mmg sama je.

***nota tengah - mestilah tgh dngar lagu Last Friday Night - Katy Perry

Dah habis Jumaat mestilah dtg Isnin kan. Urghhh mmg tak suka la hari ni dulu, tp bila dh cuti ni, semua takde beza. CUTI! Hahahaha. Bila ckp psl hari- ni, tarikh mmg aku out! Lupa sokmo. Teruk betul. Yela, dulu2 masa sekolah dlm buku latihan mesti tulis tarikh, kalau tak kena marah dgn Cikgu. Hehhehe. "Salma, tulis tu jgn lupa Marion Richardson la" (Yup, sekolah aku dulu ada style tulis sendiri. Seksa!).

Sekarang bila org tanya pasal tarikh, knfm laju2 capai fon kalau tak mmg errr, errrrrmmm jela jwpn. Hahaha. Tak sabar weekends, boleh luang masa dgn family! Hehe.

Errrr kejap, Sabtu ni audition utk rancangan kanak-kanak kat RTM! Motif semua kata aku mcm kanak2. (Thanks guys!). Satu lg soalan lazim, "Salma ko dh habis stdy kan, dah lama aku tgok ko kat UiTM tu ha". Urghhhhh. Muda dan tua sekali, bagaimana tu kan.

Okay, misi mencari Gimlet bermula. Lepaskan dia dari sangkar tadi. Hoho. Die!

Last-last TGIF!

Thursday, June 23, 2011

Gembira

Bila hati riang, well, hidup pun riang lah kan. Yipiiieeee, yippiiieeee. Kenapa aku gembira? Entahla, dah rasa gembira pgi-pagi ni (Mungkin sbb kurang tidur pun ada. Haha).

***nota tengah - Tengok pula Food Network. Lapar!

So orang gembira mcm-mcm sbb kan tp to me nak gembira, kita boleh setting perasaan gembira tu. Dari smth yg mcm musam dan kusam, kita ubah jd smth yg gembira. Cakap senang la kan, tp tak try, tak tahu kan. Kita cuba dulu, cuba je.

Pagi ni ku gembira sbb dah nk gembira, rasa hari ni is a good day. Tapi msti boleh lg gembira kan, tak sabar ku nak kerja. Duduk rumah mmg naik bosan lah. Itu kurang gembira sikit. Heeee. But tak boleh nak komplen la kn.

Apa akan buat ku lebih gembira? Wayang, tak tahu kenapa tapi suka sgt tgok wayang! Tak kira muvie apa, love it! Satu lg, bowling! Bila bunyi pin jatuh, heaven! (Nak kata hebat sgt main, takdelah. Tapi suka!). Oh lepak dgn family and membe2 pun sgt best, makes me smile!

Hey, tapi nk kata terima kasih to you for making me happy today! (Tu dia sbb utama!. Hahaha).

Okay.

End

Wednesday, June 22, 2011

What if... Cinta ??

Hari ni nak cakap pasal apa agaknya. Cakap psl cinta lah. (Wahhh hangat2). Sbb aku ni mcm single tak single , so biar pi lah. Kenapa cinta? Well, keliling aku asyik tgok org bercinta, jd meh la aku nak tulis psl ni sikit. (Bunyi mcm aku jeles, okay mmg ada lah jeles sikit tapi bukan dgn smua. Mmg cinta itu indah tp ada juga yg takkan. Haha)

***** nota tengah - Sedang tgok Criminal Minds and of course psl cinta. Psychotic wo!!

Aku ni bkan tahu sgtlah pasal cinta tp yg aku tgok cinta ni ada bbrp. Meh aku bg cth sikit :

1. Cinta sekejap-sekejap
Ini yg plg common la, sbb cinta ni bila baru masuk early stage mmg everything indah. Semua npk perfect, bila masak semua sedap je rasa. Haha. Kenapa cinta ni plg common? Sbb yg ni plg mudah dan plg guilty free. Kategori ni kira mcm pilih baju la, boleh tukar-tukar.

2. Cinta Ikut Trend (betul ada!)
Haaaaaa yg ni tgok nama pun dpt agak kan. Cinta sbb nak ikut kwn. yela, kunon lonely and jeles la tgok mmbe dgn pasangan masing-masing. So sbb nak ikut kwn punya psl, trus carik lah GF/BF. Kenapa? Entahlah, mgkn taknak ketinggalan kan.

3. Cinta Long Lasting
Yang ni, yg plg aku suka. Yg ni smua org nak. Smpai ke jinjang pelamin, smpai ke tua gitu.

Okay, ada byk lg sebenarnya tp yg ni je dpt ku fikir sekarang. So what is it about cinta yg semua nak sgt. I guess mrk nakkan perasaan yg mrk diperlukan kot. That warm fuzzy feeling yg org selalu sebutkan tu. Kan best bila kita ada somebody utk luahkan segalanya yg remeh mana pun dia akan dengar. Stuff like that. Wait, ada lagi satu cinta yg boleh describe semua ni juga.

4. Cinta antara Kawan (sayang pun boleh!)
Bila fikir-fikir blk, kawan baik pu ada function yg sama (cuma takdelah smpai kahwin and xdelah love dovy stuff tu. Haha). Tp the fundamentals sama lah bila dah kapel, ur bestfriend or even ur fridn is always by ur side. Kan? Mcm ur spesial smbdy to jgak kn. And kadang- kadang kita bgtau lg byk bnda kpd kwn baik kita sbb we trust that person and org tu dh terima kita seadanya.

What i am trying to say is that cinta tu mcm-mcm. Tak perlu sgt utk taksub ttg cinta ni, bila dah jumpa, dah jumpa lah kan. Cinta ni ada kaitan dgn takdir juga kan. Tak boleh paksa-paksa. Tapi apa-apa pun sayangilah org disekeliling anda (kawan-kawan, pasangan masing-masing dan keluarga). Kalo dah jumpa, tahniah. If belum sabar-sabarlah ye and i wish u luck!

Tutup pasal cinta and Goodnyte! Hahahaha


Tuesday, June 21, 2011

Making Something Ohsem

Malam ni takde apa nak tulis, so just writing off my head. What i think is what i'm gonna write. Sounds simple enof kan? (sambil tgok NCIS lagi. hehe). Why did i choose blogging nways, napa tak vlogging kan? Oh lupa tak fotogenik. Haha

Sooo mari mula menulis!!

(dah 30 min berlalu, apa pun tak tulis lagi)

Errrrr..... Errrrrmmmmm

Susah juga kan nak tulis smth ni bila buntu lagi blank. Jadi mmg ohsem la penulis-penulis novel dan buku cerita di luar sana tu. I used to love writing, imaginasi ku dah la kekadang over the top jugak. Now, after years in Uni, mcm dah stuck sikit. Does that say smth about our education system? Mungkin la, mrk tak benarkan kreativiti dlm kerja, masa di Uni mana ada KBKK sgt. Semua fakta, fakta dan fakta! Urghhhhh stress juga bila fikir.

Okay, moving right along. Dah dekat sebulan cuti tp i have done nothing yet. Boring gila duk rumah ni, online je 24jam. Selamat Mac aku tak meletop ke apa kn. Bukannya tak nak kerja tp ntah, malas tu ada jgak kn. Takpe2 Julai would be my month to work! By hook or by crook! Kerja!!

Eh 9 and 10 Julai ni kahwin adik pak cik lah, and aku jadi photographer. Adoiiiiii. Weddings, penat yo nak hamik gmbr. Aku kahwin nnti, amik gmbr sndiri je! Hehehe. Errrrr okay! Tukar topik lagi. Jom!!

Nampak sgt entry kali ni mmg merapu habis tp nak buat apa, mmg takde idea, no inspiration. Dah janji dgn diri to write at least one entry per day slagi cuti ni, so this is what i am doing right now kan. Mcm lah ada org baca tapi who cares, nak juga tulis!! Oh later nak ke Malam Gala Universal (itu kot namanya. I am bad with this kind of things). Oh this reminds me to find out mana tmpt tu exactly!

Cukuplah masak ikan kerapu mlm ni. Slmt beramal buat semua! Hahahahaha

Monday, June 20, 2011

Usaha l Determination

Dedicated to seorang saudara yang susah tidur.

(sebab saudara tu malu, tak dapat nak sebut nama. Hahaha)


Kenapa dia? Sebab aku bangga ah dgn dia. Kenapa tajuk usaha? Sebab dia kuat berusaha. Erk mungkin dia agak lari jalan sikit masa mula-mula (Jangan marah!) tapi skrg aku puji lah dia. Takdelah kata dia hebat gila-gila, at least he is trying to get his his life straight. Usaha salah satu jalan kpd kehebatan! (To me lah.)


Okay, aku kenal dia dah lama, sejak masuk Uni lg. Tapi yelah, kureng rapat sikit. Padahal slalu terserempak (Agak-agak je ni!). Tapi lawak lah ckp dgn dia ni, sejak akhir-akhir ni, dia susah nak tidur! Susah sgt-sgt!! Adddoooiii. Oh dari dia juga aku dpt kenal seorang lg saudara yg sama tak betul! (Jgn marah juga!)


Kita masuk pasal usaha sikit. Ramai mesti kata "Eh hari-hari aku usaha lah". Betul juga lah kan, bgun pagi pun dah kira usaha. Boleh je kalo kita nak tarik balik selimut tu kan, tapi kita usaha utk bangun. Hehehe. Mmg kita usaha stiap hari tapi ada sesetengah org tu usaha dia lebih skit. Yelah, usaha utk ubah diri mstilah lg hebat dr usaha utk bgun tidur (Errr ye ke?). Tapi kenapa nak kena usaha-usaha ni kan? Mcm bosan je bunyi. Pada aku if tak usaha, semua takkan kemana. Kita takkan ada meja, kerusi, elektrik, cawan, katil, buku, kereta ehhh korang pahamlah kan maksud aku. Pereka2 semua ni usaha utk melakukan sesuatu.


Mungkin usaha saudara ini takdelah nak ubah dunia ke apa, tapi dia tgah usaha utk ubah dunia dia. Ok what. Hehehe. Harapannya usaha ni berterusanlah kan. Kang aku puji lebih-lebih, terus dia perasan and berhenti usaha. Haaaaaiiippp tak boleh! Igt tau bro, ill always sokong usaha mu itu!! Saaaayyyyaaanng sama bro, and harapannya usaha tu jgn berhenti tau! If tiba-tiba saudara ni terlari sikit dari jalan dia, akan ku bebel dan bebel lg! Tapi aku akan sntiasa sokong dia tak kira lah mcm mana. Kata kawan kan.


Okay dah boleh stop puji dia. Hahaha. Siapa lagi nak kena puji? Meh meh aku tuliskan.




Saturday, June 18, 2011

Laman Sosial l Anti-sosial

Nak kongsi my 2cents tentang hal ni, cerita lama tapi nak cakap sekarang yang banyak telah berubah sejak itu kan. So new set of eyes would not hurt right? Okay, boleh dikatakan dlm kalangan pelajar (dah aku ni pelajar, ckp psl pelajar jelah!) hampir 99% ada laman sosial (Jgn nak tipu! I noe u have one!) tak kiralah Facebook ke, Myspace ke dan yg terbaru Twitter.

okay, i do have all those too!! (i say too much of the word okay!!!!)

Moving on, moving on!! Mmg hakikatnya laman-laman mcm ni byk membantu dlm komunikasi (bayangkan if tiada, bergayut lah kita kat fon 24:7 kaaaan). To me laman seperti Facebook membantu utk stay in contact dgn rakan-rakan taulan yang sedia ada dan juga untuk mencari kawan baru (Ala-ala pen-pal skala besar laaahh). Yela, kat Facebook smpai beribu kawan tapi hakikatnya berapa je yang betul-betul rakan yang kita lepak or selalu berhubung? Mungkin adalah dlm 40% shj kn?

Jadi apa yang sebenarnya dikatakan sbg anti sosial ni. Yela nama pun laman sosial, jadi apa yang takde sosial nya kan? Haaaaaaa anti-sosial ni dlm konteks interaksi antara manusia. 1 to 1 sudah jd kureng skit. Yelah semua duk hadap Facebook dll. je, mmg inilah yg akan jadi.

Bila lahirnya smart phones la makin menjadi-jadi fenomena ni. Sekarang dah jd poratable, nak chat semua boleh dlm tapak tanagan je. (aku juga pernah ada BlackBerry! Addictive okay!!). Duduk satu meja tapi semua hadap iPad, iPhone, BB, Galaxy Tab, Playbook and mcm-mcm lagi lah! TAPI mana tahu duduk satu meja hadap phone masing-masing chat kat situ kan (Hey it could happen!) Hahahahhahaha. Okay tak dapat bayangkan!

Alaaaa bila cakap pasal isu ni mmg never ending but to me laman sosial ni mmg perlu ada. That's my opinion. Itulah nak cakap, nak pergi check Facebook sekarang, mcm ada notifications je. Hahahaha

Friday, June 17, 2011

Misunderstanding l Salah faham

Tahun ni saja, Woah, Mcm2 dah jadi. Banyak landasannya adalah salah faham. Salah faham dan salah faham lagi. Hidup mmg takkan aman bila org main melempar kata-kata, and yes words does hurt! Bila nak ckp tu, apa kata fikir dulu, tahu la bila marah semua nampak tak kena. Cuba calm down, fikir, dan baru cakap.

Okay easier said than done kan, tahu tapi at least kena try la kan. Hey tak cakap aku boleh tp I'm trying. Tahun ni je banyak benda dah mengajar aku. And nak cakap juga thanks lah pada kawan2 yang support dari dulu smpai, takde korang mmg Urggghhhhhh!!

Mmg bila berlaku salah faham sakit hati, sakit telinga, semua lah sakit tapi cuba imagine we are on the other side : the receiving end of salah faham tu. I have always beleive that we don't do things to others what we don't want to do to us. Kenapalah nak kena kan org? Masa terluang banyak sgt ke? Tambah dosa la bila fitnah (again, aku bukan baik sgt. Just saying). Kenapa kita nak buat susah pd org bila masalah sendiri bertimbun.

Cermin diri saja. Okay tiba2 entry ni mcm dah nasihat org dah. Haha. Aku nak ckp disini yg aku geram, GERAM. Dengki org membawa susah kpd org lain, ada yg tak bersalah. Okay, masa utk bertenang. Heeeeee.

TAPI ada smth good yg dtg dr misunderstanding ni, keakraban. This is when we noe, whos friend and whos not. Friendship is really tested in this matter. Friendship does matter. It does. Enof rambling, rasa dah smpai kot apa yang ku cuba smpaikan.

Renung-renungkan lah. -_-

Gambaran

DotsLightsRock n RollaWanna mess with me?RojakAis Batu Jagung
DSC_0342DSC_0341DSC_0339Ilham

Wednesday, May 18, 2011

Poooffff.... Pheeewwww

Its been along, longggg time since i posted here. So just wanted to reawaken the living dead once more! Since ive got all this free time.