Wednesday, December 30, 2009

2009 :: Tersangat- sangat . . . .

tersangat-sangat ape?? Busy? Happy? Gila?? Hectic? Ceria? Lucky?

haha. Semua diatas.. Serious cakap.

WHY??

Kerana hidup ku di UiTM Shah Alam. Yeah, aku kini pelajar Universiti. Wah begitu gah bunyinya. Mahasiswi Universiti. Disinilah aku memenuhi segala impian ku, disinilah segalanya bermula. This is where it can make u, or break u. Wahhh hidupku berubah sejak dari situ.

Pelbagai pengalaman aku pelajari di sini, dan akan aku terus pelajari. aku telah bertemu pelbagai ragam manusia disini, dan juga disini aku telah banyak keluar dari diri aku yang dahulu. Yaaaaa aku telah banyak berubah. 

Disnini juga aku kenal erti persahabatan. Maksud aku aku telah buat kawan baru yang agak ramai. Antara Kawan yang aku boleh gelar sebagai best friends ialah Ariana Puteri dan Shahrul Azam Reddy. Tapi aku tak tau la kalau mereka juga anggap aku begitu. Entah2 aku je yang angkat bakul. Kalau ye, aku begitu sedih.

Aku baru sedar, hidup aku di UiTM baru sahaja bermula. Yela, baru berada di part 1!!!. Dengan berani aku kata, begitu muda usia ku disini. Begitu immature. Jadi aku tak berani untuk menjadi seorang yang egoistik, i am here to learn. Jadi kepada  semua, teach me everything u know. I will grow form here and become a better person. Jadi aku ingin mengucapkan terima kasih kepada senior2 ku yang telah menjadi contoh yang baik kepada aku. Abg Meor, Abg Ra'fiq, Kak Caca, Kak Ella, Abg Aril dan ramai lagi yang telah aku jadikan contoh. Thnks a alot u guys!

Jangan dilupakan kepada Lecturer2 ku kerana sudi mengajar aku. Walaupun aku hampir memperoleh Dekan, tp aku tak berjaya jua akhirnya. Aku terkandas. Jadi aku telah menghampakan diri aku sendiri. Tapi aku tetap berterima kasih kepada Pn Bariah, Dr Rahmat, Pn Shahanum, Madam Shayu, Ustaz Taqi, Cik Faizah, dan Dr Asma serta semua lecturer di Fakulti aku.

2009 merupakan tahun yang amat bermakna. Tahun dimana lahirnya segala kemungkinan. Tahun dimana aku digelar mahasiswi UiTM Shah Alam mengambil jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Instruksioanl dan Latihan).

Aku disini ingin meminta maaf atas segala kesilapan yang mungkin aku pernah lakukan. Kini 2009 hanay tinggal kenangan, 2010 dihadapan.

In 2010 anything is possible.

Goodbye 2009, say hey to 2010...!

Tuesday, November 3, 2009

A New Era has Begun

It's Alive

It's ALIVE...!!!

hahaha. Aku sekarang dah hepy giler dgn kelahiran Melanom aku, iaitu my new baby. My D3000!. Tercapai juga impian ku memiliki sebuah DSLR sendiri. Yeah!

Photo preview u all..!





(gmbr2 ini diambil di sebuah CC di seksyen 7, Shah Alam)

Haaa what u think?? okei?? My baby tuh. Hehehe. AKu berazam untuk mempelajari teknik2 kamera yang betul supaya menjadi kameraman berjaya!

Kalo nak aku jd photographer sebarang Event Msg me k!

p.s // aku akan menjunjung kamera ini ke semua tempat yang aku pergi jadi bersedia la untuk diambil gmbr ye! hehe

Tuesday, October 27, 2009

Istiadat Konvokesyen ke-71 UiTM Malaysia

Hahahah. Tajuk tak leh belah laaaaaa.Macam aku je yang konvo kan??? hehhehehe. Belum lagi ye kawan2, belum lagi.

Tapi ku sempat jua untuk mencapap dgn jubah dan topi konvo yang ada

Hahahah perasan je lebih kan??

Tapi aku pergi dgn teman2 ku yang rapat iaitu Azam Reddy dan juga Arie. hehehe

Oh ye yang sebenarnye konvo adalah Normariana Bt Jaafar iaitu Arie. Dia berjaya memperoleh Diploma in Office Management dari UiTM cawangan Jengka. Tahniah ye Arie!

Tapi kami telahpun berjaya merakamkan beberapa gambar yang memang tidak dapat dilupakan. Tak sabar untuk konvo! Jgn lupe untuk bagi hadiah ye!























And last but not least, Congrats to all my Fwens who have graduated. TAHNIAH! Hope to see u all at the top!

Friday, October 23, 2009

end of Semester 1

its been so busy sampai tak sempat langsung nak update blog ku ini!!!!!!!!

ape telah terjadi dgn segala azam yang telah ku tanam pada awal sem dlu.... hampeh!

banyak aktiviti yang telah ku lakukan sepanjang aku berada di fakulti MassComm ini. Jadi walaupun ia mengambil masa yang lama. Kawan baru pun telah ramai ku kumpulkan. Pelbagai pengalamn dan juga keseronokan juga. Aduh indahnya hidup ini walau menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan Hah! Bahagia...

Senior yang ku kenali semuanya baik2 belaka, dan tak la terlampau menindas atau membuli. Masalah rakan2 yang malas itu mmg tidak dapoat dielakkan, sudah menjadi adat manusia. Mari saya tunjukkan rakan2 dan senior yang telah ku kenali sepanjnag berada di sini.

abg Fayyad

abg Meor
me n Azam
senior2 ku + rakan2 ku
Khairie dan Arie
me n Ainaa
Yang takde dalam ni jgn la sampai terasa sbb ramai sgt2 la. Norfy, Anne... terlampau ramai bagi aku untuk menyenaraikan semuanya. Jadi saya amat bersyukur dgn kehadiran kalian semua dalam hidupku ini. Aduh tanks u guys.


Friday, September 18, 2009

After the long! Silence

waduh2... lama sgt ku tak tulis disini ya??
ape jd segala Matlmat ku itu??
ke laut jua akhirnye...
huhuuhu

I think it is time for change
so here i am announcing that my Site is Under renovation

so see u when im finished!


Tuesday, August 18, 2009

Pullll.....!!!!!

Pada Sabtu yang lepas aku telah menyertai Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) yang dianjurkan oleh pihak UiTM (Patriotik gak aku sbb masuk). Haha. Ank masuk chess tp terhalang sbb aku g Camp... Hehe. JAdi aku hanya berpeluang memasuki acara Tarik Tali..... Haha. Perempuan gasar kot??!!

Jadi pada tarikh 15 August 2009 ku telahpun pergi ke Pusat Sukan UiTM Malaysia. Nampak yang pelbagai acara akan dijalankan pada hari berkenaan seperti bola baling, dan Pentaque(xtau ejaan la) dan semestinya tarik tali. Alangkah terkejutnya aku, aku satu2 nya student sem1 yang menyertai acara ini. Yang lain suma senior. Huhu. What a Shocker...

Okei2 moving on, actually sepatotnya aku duduk diam2 dlm bilik kuliah dngar Modul 1 tp sesedap hati aku je poteng. Tapi dgn alasan tau, jgn wisau. Akan ku beri surat..... Tapi perlu ulang Modul itu pada next sem... *sedih*.. Jadi rakan ku yang lain senang2 akan ke Modul2 pada sem dpan. Huhu.

eh2 melencong pula dari certa asal... Kita kembali ye....

Jadi acara itu dijadualkan bermula pada jam 9pg. Tetapi tidak semua fakulti telah menghantar
wakil. Jadi kami mara di peringkat 1 tanpa bertanding. haha. Jadi pada second round kami telah versus dgn Fakulti Bussines. Kalah mereka! Aku sungguh tak sangka sbb kalo kowng suma nak tahu slogan kami pada hari itu adalah Tetap cantik (mass comm la katakan). Lawak tol senior2 ku itu.. haha. Kemudiannya kai berentap pula dgn Fakulti Medic(rasenye la, tak ingat langsung lawan ape la. Haha). Kami kalahkn mereka jua...! Siap ada yang kata kuatnya kumpulan mass comm ni.

Jadi kami telah berjaya masuk ke Final (tapi tak salah ada lawan Fakulti lain, xingat la. Huhu) Lawan akhir kami adalah Fakulti Edu. Wahhh inagt bunyi macam baik2 je kn, cikgu la katakn terbayang cikgu yang eknit2 kn?? Anda SALAH. Mereka telah hantar Guru Pendidikan Jasmani (haaa bayangkan badan mereka, ganas2 wo!). Macam nak tercabut tangan tarik dgn mereka, baru terasa tercabarnye tarik tali ini tau x! Jadi kami pun kalah, dapat Naib Johan aje... Tapi ada gak la saguhatinye iaitu Medal Silver dan buku nota besrta sakit tanagn dan belakang. Haha.........

Monday, August 10, 2009

Camping di Kampung

hehe. Title takde kena mengena pun, bunyi je sedap. Haha. Okei2 back to bussiness... Cmping was ...... best giler!

Granted it was tiring giler. Okei first things first, camping kami di Ulu Yam YAm, Rawang untuk Natinaol Kesatria. When?? 8 and 9 of August. Sampai2 je fon n brg2 beharga kami seperti jam n wallet telaj diambil. Huhu. Bowing. Tp dun worry pics akan diupload nanti coz akan ku curi dari Comapany F punye blog. Hehe.

Kami bercamping dgn company I serta Brassband. Aktiviti mmg gempak belaka. Tercabar urat2 badan ni. Hehe. Seramai 106 anggota telah sertai dan kami dibahagi kn kpd 4 platoon, aku di paltoon 3.

Sempat jgak la mandi manda di sunagi yang jernih, tp kenanagan akan ku simpan dow..!

Thursday, August 6, 2009

Gila kuasa!

Haha.. Tergelak la pulak... Banyak lak jawatannye. Penin2...Latest jadi AJK kelab MC226 iaitu kelab baru The INK atau The Instruksional Komuniti. Jadi AJK for semester 1 je. Tapi susah gak sbb club baru kn.. Aku jd penolong Publisiti. Sesuai sgt la kn?? heheh

Tapi bila nak dpt DSLR ni??? huhu...

*sedih jap*

Sabtu ni camping bg Kesatria di Ulu Yam. Macam bosan je tau.. Dah la terpaksa poteng SAF dan Modul. Aduh.. Ape ni poteng???!!!

Okei la assgnment belambak gila, out dlu. Nak kena g amik photostat lagi. Banyak gila kerja jd class rep ni... huhu





Wednesday, July 29, 2009

argh! No study Week!

Ni yang geram nih.... Cuti awal tp xde lak study week... ARGHHHHH!!!!! Kire lepas kuliah terus exam ar jadinye... tak patot tul la!!!! Macam mane nak study like this!!

Pening2..!!!!!

No cuti lg bagus, im not sick what!

Monday, July 27, 2009

UiTM shut down!

Bermulanya hari ini dgn rasminya cuti pertengahan Semester ku dah bermula. UiTM Shah Alam... eh salah2... UiTM Malaysia dah tutup! Hal ini adlh gara2 virus H1N1 yang makin menular..! Hakikatnya di Fakulti ku ada yang disahkn positif akan virus itu. Rakan kelas ku wo! Si Filzah! Nervous gak la kami sekelas tapi kami sering berhubung dan tiada lg yg terkena (harap2 la).

Sebenarnya seluruh UiTM di M'sia tutup la... Berikutan keputusan yang diambil pihak Pengurusan. Surat Pekelililing pun dh kuar tpa ku takkn nak post kot. Malas ar. Tgok ar sndiri blog MPP ke... hehehe.

So....... *mengeluh*

Seminggu aku cuti! tapi bosan gak sbb kat sni susah dpt wifi. Nak wat kerja susah dow.... Assgmnt ada... jap aku kire... emmmm tak salah ada 4.. eh salah2.. ada 5 la! Aduh...!

Jadi this week aku duk Damansara la jap. Saje tukar amgin.. heheh. Bosan ar gak. Tak kenal sape2 kn sni.. Hehe. Balik awal ar UiTM. Nak kena g PTAR... huhu. Cuti yg bosan!

Saturday, July 18, 2009

Jerebu oh Jerebu

Sejak dua menjak ini ramai pula yang tak sihat. batuk sana sini, demem... Semua gara-gara Jerebu (aku rase la). Cian Yumie dan Nik. Demam panas siot. kesian...! Aku pun terkena jugak.. Tapi mujur sakit tekak dan hidung je. Tapi sempat gak la pening yang teramat. Huhu.

Sebenarnya aku tgah basuh baju ni, tapi smbil tunggu sempat lagi dtg ke CC. Aku agak sedih ar sbb bilik aku xdpt connect kpd wi-fi, jd terpaksa juga la dtg CC abg kerek ni. Huhu. Assignment byk gak tp slmaber je rileks. huhu.

Oh, Malam Tautan kasih dah ditunda kpd 22 July 09 atas sbb TNC nak gune dewan Annex and DSB. Aku dahla jadi fotografer, terpilih sbb dowang kate ada bakat. Kamera sapa la aku nak pinjam ni??? Aduh....

*pening*

Kelas Intro to Mass Comm tukar hari iaitu hari Khamis. Dah la mlm, aduh... Suah ar nak g meeting pasni.

Okei ar gerak dlu sbb rase mcm dah siap je basuh baju tu. hehe

Chow..!

Thursday, July 16, 2009

3 weeks here..!!

Sedar tak sedar dah 3 minggu ku disini. Huhu. Lama dah tu bebs..! Hehe. first assignment pun dah hantar semalam. Class Puan Beri. Teketar siot..! First assignment la katakan. Tajuknye 'The Importance of Public Speaking'. Eh mencampap assigmnet ku plak dah. Sori2. Hehe.

Eh nanti aku masuk Sukan antara Fakulti (SAF) tau. Sukan biasa2 je, emmm Futsal, Frisbee, Catur dan..... Tarik Tali...!!!!! Haha. Oh ye dan aku juga telah terpilih jadi AJK Informasi & Media Kolej Melati. Itu pun aku dah siapkan kerja tau, edit gambar tuk montaj bagi Malam Tautan Kasih Kolej Melati di Dewan Sri Budiman bertarikh 21 July 2009 ini. Bodoh giler aku edit.

*mengeluh*

Baru 3 minggu, dah macam2 aku buat tau. Hehe. Gila kuasa kot. Tapi aku masih maintain nak jadi MPP fakulti ku. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Hehe.

Oh ye lagi, kawan ku Nik, dia hilang purse jadi smlm aku teman dia g Balai Polis. Takut gak sbb tu first time aku jejak kaki ke dlm sana. Hehe. Selamat Polis2 dalam tu baik2 blaka. Siap ada yang mengayat aku! Gatai! hehe.

Okeh la got to go sbb ada perjumpaan sequence karang. MC226. Sequence baru siot. Tak ramai gler!. Kelas Dr Rahmat after that, like this lecturer. Dia ajar Thinking and Writing Strategies...

okei dokei.....! Bye

Sunday, July 12, 2009

Oh Assigment! ... dan Lain-lain

Today ill be talking in English coz.... Well takde sebab la. Saje. Haha. Huhu sperti tajuk diatas, Assigmnet ku dah banyak weh! Baru seminggu kat sini tapi banyak dah siap la. hehe. Well.....
Lecturer aku suma agak kool la, tak tahu la nanti, skang nampak okei je. huhu.

TAPI *mengeluh*

...... AKU jadi Class Reprisentataive siot! TIDAKKKKKKKK.... Sebulat suara lak tuh. Malas la nak pikul tanggungjawab awal2 mcm ni. Ingat nak stay low dlu, tapi nak wat cmne kn. Owg dh pcaye, terima je la kn?? Lagipun aku kn gila kuasa! Haha (aku ngaku weh!). hehe. Aku dah apply tok exco informasi & media tok Kolej Kediaman aku, smoga dpt la. Aku ada gak apply tuk Ketua Blok tapi tu xnk sgt. Hehe.

By the way, guys kat sini suma HOT! but... lembut la! Tak patot tol... huhu. Maksud aku guys kat Mass Comm la. Tak patot tol... Hehe. Lebih2 lagi Tiqo..... Hehe (gatai!). Tapi takpela mereka cool je, lebih2 lagi Combi! Dah banyak kali aku kena 'bangkai' atau 'hanjing' ngn dia. Huhu. Lawak gler ar dia tuh.

Aku dah jumpe my kazen, Agym. Duk dalam jgak rupenye dia slps sgala konflik. Hehe. Duk Perindu. Eh lupe lak, My Fakulti dekat gler ngn my Kolej tau. 5minit je dh smpai but kena naik Gunung seyh! Semput aku pakai heels tau x!

All in all best gak duk sni, member ku ramai siot! Pening weh! Senior.. Junior suma ada. Maklum la, aku kan senang di ingati. Huhu. Yang rapat dan gila adlh Yumie, Nik, Ratna, Aida, Fairus. Ikin, Sha, Bai, Tiqo, Aiman, Combi dan ramai lagi la. Hehehe. G mane2 ngn mereka knfm havoc! Sakit perut ar gelak2. huhu.

YANG PALING PENTING *senyum lebar*

Aku dapat lappy rini! Yahoooo..! Toshiba siot! Dengar gak aku cakap Raimi tuh. hehe. Dia perunding IT aku, tanye je dia, knfm dia tau. Haha. Aish lupe lak psl roomate aku. Nama dia Aisyah, org Kelantan. Cuma dia junior aku la. Huhu. 19 la dia. Huhu,

Ok la tu je wat masa sknag. Nak kena siapkn assigmnet Puan Beri. Huhu. Dapat lappy kang leh type. yahooooooooooooooooooooo (bukan Google tau! Haha)

Sunday, July 5, 2009

Di UiTM

Haaaaaa dah seminggu hamba disini. Letih siot Orientasi! Seminggu lamanya, ingatkn xkn habis tp habis jua akhirnya! Gila best orientasi, membe baru ku ramai. Nama panggilan pun dah ada. heh. bodo je! Salma Gebu!, Sally!. Huhu. lawak tul....

Esok dah start kelas jadual bukan main susah nak carik, tapi akhirnya ku jumpe jua jadualnya on9. heheh. Nervous seh. Dah 6 bulan xgune otak ni, Speaking pun tunggang tebalik!

Yang paling best, kelas this sem 6owg je! sorang je laki. Mr Kry! heheh. Tapi yang bosan g kelas kena naik tangga ' Batu Caves'. Tinggi giler! Abang2 senior lak hensem2 blaka dow.. hehehe

Matlamat ku nak jadi ahli MPP!

Go! Go! Chayok!

Tuesday, June 23, 2009

All My Bags Are Packed, I'm Ready To Go

hahaha. Baru dapat tahu yang Cikgu terkejut yang aku dapat masuk Uni. Haha! Padan uka dowang! hehe. Walau aku dapat 3P je, gempak gak tau! MUET pun agak tinggi, cuma kantoi Pengajian Perniagaan je. Rugi tol! Kalo tak dah gempak results ku.. huhu. Selamat pilih kos yang berInterview, berjaya juga taktik ku. Hehe. Tapi soalan masa interview, mak ai susah! huhu

Tapi BERJAYA!

Walaubagaimanapun kesedihan turut menyelubungi pemergian ku.. Huhu.

Tak sabar rasenye nak pergi, tapi wisau pun ada la. Dah lama gak tak belajar ni. Tapi dah bet ngn Erin yang kite dua akan berada dlm senarai Dekan! Go! go! Chayok! Tapi dpt tau smlm yang Faiz(Penghulu) dapat USm seh! Kos komunikasi lak tuh! Jelesh! Tapi dia tuh bijak la, 3.58! fuh! Anak Ustaz la katakan. tahniah la Faiz! huhu

Lagi 3! hari ku akan pergi! arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, June 22, 2009

New Life

Hari ini hari Isnin, semalam aku sudah mula membeli barang keperluan ku untuk hidup ku di Uni nanti. Aduh, 5 hari je lagi status bosan aku akan berubah selama 3tahun!

Nervous!

Friday, June 19, 2009

Kembali Student!!

Keputusan Uni is OUT! Berjaya juga.. Alhamdulillah! Bersyukur dapat ku guna semula otak ku ini. hehe. Hilang satu kerisauan. Jadi mula satu kisah baru dalam hidup ku sbg seorang pelajar.

*mengeluh*

UiTM, Shah Alalm bersedialah untuk terima ku!

Cuma satu je yang sedih, tak dapat jumpe kawan2 ku di Kuantan la kirenya sbb intake 27/28 June ni(OMG!). Kerisauan kembali melanda! huhu. Maafkan aku Ayu, Erin, Asy(yg aku kata nak tlg. Adeh), Wafi dan ramai lagi. So Sorry!

TAPI

Disebabkan ku berjaya masuk uni, aku akan dpt RM1000 dr Yayasan Pahang krn anak jati Pahang. Yahooooooooo! DSLR ku! hehehe. (Salah guna duit betul!)

Jadi, bermulah hidup ku yang baru

Wednesday, June 17, 2009

Semakin Hampir Saat Itu

Hari ni hari Rabu.. Esok Khamis. Pastu JUMAAT!!! Oh no!! huhu. Baru lepas check bila keputusan akan keluar, Jumaat pada jam 11pagi!!!!! Takut nye.....

*mengeluh*

Tukar topik la, makin ku fikir makin risau jadinye.... huhu. Emm 27June ni hari Perkahwinan abg Asy. Aku dijemput, siap dikerah jd Gadis Bunga Telur(tak patot tul!). Tapi yang paling best dapat la ku jumpa kawan2 lama ku mcm Erin, Ainun, Ayu, dan akhir sekali Wafi! hehe. Mat paling sivik di dunia.. Wah rakan form6 ku dulu tuh tapi dia curang! dia g Poly, ceh!

Tak patot betul aku di'skandal'dgn dia, xnk ah! Mentang2 nama awek dia Siti, mcm la aku je Siti di dunia ini! heheh. Huhuhu. Lagipun dia suke kamuuu Erin! hehe

Makin hari makin jarang ku on9. Takut punye pasal. Huhu.

Sampai sini je la hari ni, buntu!

Monday, June 15, 2009

Kuantan Tercinta

Fuhhh seminggu tak menulis disini. Ini adalah kerana aku berada di Kuantan! Agak malas tuk on9 menggunakan internet yg slow-melow. Macam-macam terjadi disana. Kira kena bagitau la ye. hehe

Jumaat, 5 June 2009
- di rumah Uncle Azi
- Tahlil

Ape yang berlaku?? Macam2 la, hehe. Dari berborak, ke Makan(agak wajib bg keluarga ku). Ramai ahli keluarga yang tiba dari jauh pada hari itu sperti Kami, Aunty Zarina dan ramai lagi. Seperti biasa Family ku yang terakhir pulang termasuk la aunty Ajan dan aunty Amah. Tolong sikit-sikit tuk Hari perkahwinan anak uncle Azi(Hisyam) keesokan harinya. Kira-kira jam 1am, ada sebuah kereta Persona(ada 2 3 owg lelaki la) telah ulang alik di hadapan rumah uncle Azi. Agak suspicious la.... Tapi sesuatu yang lawak telah terjadi. Begini la dialognya ::

Aku(dgn Slamber gila!) :; ala, mereka terpikat kot dgn kite semua...
(semua gelak besar)

Mak Ocy :: ntah mereka terpikat dgn yg pakai baju polka dot tuh (tok Chu)
(aku sedang pikir, merak ni dah terbawa-bawa. ahhh xpela layan je)

Tok Chu :: ketawa. Yela tu, nanti mereka terkjut takde gigi.. Tua2
(gelak besar lagi)

tetibe semua melarat kata budak2 tu minat kat empunye diri. Ish3

Sabtu, 6 June 2009

Pagi-pagi aunty Zarina dan Uncle Alim call tanye nak breakfast mane. Jadi kami sbg host agak buntu la... Huhu. Jadi kami bercadang bawa mereka2 utk makan soto la di sblh bangunan Mara(maaf tiada gmbr). DAN lepas itu kami makan lagi! Kali ini di Tanjung Lumpur yang feymes tuk Sata dan Otak2. Dessert la weh. Di bawah ada sedikit gambaran(dipinjam ye). Macam la kami ni ta pergi WEDDING lepas ni. Makan je kerja! hehe




Jadi kami tiba di majlis Pekahwinan agak lewat(seperti biasa). Namun masalhnya kami tiada gmbr pengatin(pelik gila!). Samapi2 terus makan!(tak habis2). Borak2 sana sini sambil dibuai nyanyian karaoke(pitching lari gila!).



Tak lama lepas tu kami pun pulang, tapi bukan ke rumah tapi ke Musatapha Cendol!(mak ai makan lagi). Kat sini, fuhhh... tak terkata. Tengok la picnye! Banyak gila!


Malam itu pula kami bergerak ke Tahlil yang dianjurkan oleh Mak Long juga di Alor Akar. Disini kami makan lagi.. Ish3. Tapi disini kami telah rancang suprise birthday tuk Pak Ngah(yang dh berumur 36. ehem2) dan juga aunty Salbiah. Terkejut semua! hehe. Gmbr kek xde sbb cepat sgt habis dimakan. Hehe.


Ahad, 7 June 2009
- New Horizon

Pada hari ini semua telahpun berkemas utk pulang ke rumah masing2. Tapi sblm itu kita mesti menunaikan sesuatu yang wajib iaitu makan! Kali ini kami membawa mereka ke New Horizon. Makan.. Makan.. Makan.. Alhamdulillah


Saya tak jadi pulang maka stay seminggu di Kuantan tapi mereka2 yang lain sblm pulang sempat menziarahi rumah uncle Azi dan tok Lang sebelum pulang kerana mereka2 ini jarang pulang Kuantan maka singgah la sekejap.


Jadi smpai sini je la kot. Saya amat suke family gathering seperti ini tapi ianya jarang berlaku. Jadi sy sarankan sepupu ku cpat2 la kawin kerana masa ini saje la kite dpt berkumpul! hehe

Sekian


p/s :: fakta2 yang diberi tidak lengkap krn aku sudah nyanyuk. Pics di'pinjam' dari Nadhirah Abd Halim. Hehe. Segala hasil tulisan adalah interpertasi ku, jadi jika ada yang tersinggung, maaf

Thursday, June 4, 2009

Maafkan aku...

yet again, Title tiada kena mengena dengan apa yang ingin ku tulis

Hari ini sudah bertandanya 4 hari sudah berlalu dalam bulan June. Makin hampir kepada minggu yang ku takuti. Huhu. Sebenarnya, ku dah berazam untuk mengubah tabiat sebelum keputusan Uni diumumkan supaya tidak kekok dengan kehidupan di uni nanti. Antara perkara yang ku Ingin lakukan ialah ::

1. Bangun awal dan tidur awal. Tidak lagi berjaga malam

2. Mengemas bilik tiap minggu

3. Membasuh baju tiap 3 hari

Ini hanya harapn ku, harap-harap dpat ku tunaikan. Hehe


PERKARA 2 ::
Sebenarnay nak minta maaf kerana post-post ku sebelum ini agak sedih dan tak betul bunyinye. Hal ini adalah kerana hamba terlalu bosan! Maka mood hamba jadi tak betul sangat.. Hehe. Jadi harap-harap selepas ini mood ku akan beruabah.

PERKARA 3 ::
Semalam aku dan family ku pergi tengok cerita Terminator Salvation. Agak best walaupun konfuse la juga. Hehe. Nak terangkan pun pning. Sebab tak sure ni future ke, past ke..?! hehe. Selepas itu, abg pula tunjuk kehebatan bawa kereta ayah.. hehe. Tak lama lagi boleh la pergi KL dgn mudah. haha.



Last-Nye ::
Yahooooo... Esok balik Kuantan, wedding anak Uncle Azi hari Sabtu ni. Jumpa ahli family lain. Bestnya la.. Tak sabar dan kalu mama bagi dapat la keluar dgn Erin. Yes! Rindu ko Erin!

Itu jela coretan ku hari ini..!

Wednesday, June 3, 2009

Is Feeling...

CRAZYYYYYYYY....

Mak ai, bosannya hamba mu ini..... Tak sabar rasanye masuk Uni (itupun kalau berjaya la). Dapat ku lari dari hidupku yang bosan ini! Hari-hari hadap lappy, apetah yang ku buat pun ku tak tahu. Hehehe. Selamat ada Erin dan Ainun tuk teman kan ku online (kerana mereka pun Bosan juga. Hehe)

SEDIHHHHHHH...

Kenapalah di dunia ini wujud manusia yang sanggup luapakan kawan?? Kenapa?! Apabila di-sms, tidak dibalas. Malas rasa hendak cll, tahu dia takkan angkat. Biarkanlah dia, hidup dia. Asalkan dia bahagia. Bila dia cari aku lagi... Tahu la dia nanti!

and macam-macam lagi..!

sePekara lagi, Kawan-kawanku banayk tanya nasihat aku, aku risau la nasihat yang aku bagi itu salah dan akan menambahkan lagi kepada masalh mereka. Hmmmmm. Mereka kata sebab mereka hargai pendapat aku tapi.... Risau juga. Harap ape yang ku nasihati itu akan membantu mereka.. Amin....

Last-last sekali

Yeay! Jumaat balik Kuantan..! hehehe. Jumpa la family ku...

Monday, June 1, 2009

Pada bulan June ini

Bulan June telahpun tiba dan dengan tibanya bulan ini, tiba juga kerisauan yang teramat sangat!! Pada minggu ketiga bulan ini nasib ku akan ditentukan, samada masuk Uni atau tidak. Warghhhh! Agak-agak USM dah tak dapat sebab miss interviewnya.. Jadi harapan ku hanya pada UiTM. 

UiTM jangan hampa kan ku..!




InsyaAllah masuk Uni bulan July ini. Maka ku akan bebas... Bebas dari apa? Macam-macam.
huhuhuhu. Berharap sangat tuk masuk Uni. Otak ku dah tepu sbb tak digunakan! 

Doa-doa la buat ku...
Aminnnnn



Wednesday, May 20, 2009

seSungguhnya aku Takut tuk jatuh Cinta lagi

Saje nak bg drama Title ni. Hehehhe. Tp ada kebenaran disebaliknya....... Mmg takut berCinta lagi la. Hati terluka...... Hmmmm........ Yang lama pun tak sembuh lagi... 

Tujuan menulis blog? Takde arah tujaun mane2 pun. Bagai lalang je...... 

Ape sedang ku buat sekarang?? well, nuthing sebenarnye. Hanya melapak dirumah sambil selalu menaikn kemarahn ibu bapa ku... hheheheh. Sedang menantikan saat gembira pabila dipanggil ke Uni... Otak ku dh berkarat tahu tak! Asyik duk umah aje....... huhuhu.

Berminat pada bidang bahasa2 ni. Agak pakar dlm English dan juga B. Malaysia. Tapi tu dulu la masa kat Form 6. Sekarang entah ape2... heheheh

Adeh! Tgah baca blog entry yg lawak2... hehehhe. best jgak ada blog ni kot. Mcm2 boleh diperkatakn......

Tu je la kot pagi nih. Mengarut je entry ni... hehheeh

tapikn.... karang pada jam 9 pagi hingga 8 mlm tiada elektrik! Mati kepanasan la hamba... aduh....

di Pagi hari (yang tak gelap)


Selamat Pagi dunia..! ape la yang hendak ditulis sbg first entry ni?? To tell u the truth ni bkan first entry la, dlu dah ada blog... cuma seperti biasa lupa password. Adeh... So ini attempt kedua la kononnye...

Jadi sy duduk disini smbil dikelilingi dgn Buku-buku, komik-komik dan juga CD-CD (dlm keadaan agak bersepah) fikir la jgak ape la yg nk dibebelkn....

Sambil mendengar alunan suara Noh (Hujan) dari lagu Hampir....







adeh mata dah mengatuk, perut lapar la pula.......
esok jela teruskn (dasar pemalas la ni)