Thursday, July 28, 2011

Masa


Haaaaa bila dah mula kerja ni barulah terasa masa tu berjalan dgn cepatnya, sampai tak cukup masa nak buat kerja. Tak lama lagi aku dgn Sherilyn dah incharge dubroom ni fully, sgt scary okayh!!! Kerja dah mula menimbun, graphics pulak tu. Mmg akit dah mata aku ber'panda' ni. Ingat masa semester je mcm ni, kerja pun sama. Huh!

*** dengar Lyla - Oasis

Tapi selain dari tu, hidup is naice!! Hehe. Harapnya dln next week, ill get a new baby. Arghhh how i miss BBM. Hehehe. Then kumpul-kumpul for Macbook Pro. Hiyakkkkkkk.

Abg Apis kat Perlis lah, kena kursus. Hahah. Padan muka dulu duk perli kena g kursus, hamik kau skrg kena g for 5hari!!!! Muahahahahahahah.Oh hari ni juga harijadi YB Ijal. Hadoiyai. Oh Adi juga nak balik JB, goodbye!! Apa lagi ye??

Haaaa malam ni Harimau Malaysia akan lawan bola dgn Singapura for Olympic qualifiers. Go Harimau Malaysia !!! Rooooaaaaaaarrrrrr


Sunday, July 24, 2011

Sundae


Hari ini hari Ahad, bila Ahad pada kebiasaannya adalah hari cuti utk semua (kpd yg kerja tu, kesian. Hehe. Just kidding! Mesti korang cuti hari lain kannnn). Okay bila Ahad ni datang, antara dua je aktiviti aku, eh salah 3.

1. keluar dgn member
2. keluar dgn family
3. rehat kat rumah je

Tapi utk minggu ini, aku pilih yg ke-3 !! (sorry Adi, malas bebenor nak keluar lah. Hehe). Tadi pagi ke pasar kat TTDI tu, seperti baiasa, ramailah orangnya. Sekarang ni dah ke aktiviti seterusnyalah, rehat!!! Akhirnya dpt aku melepek kat katil aku ni. Puhhhhh rindu !!

*** nota tengah - #nowlistening Teenage Dreams - Boyce Avenue

Semalam ada ke kena marah. Grrrrrrr. Tak pasal2 plak tuh. -_- !! Yaw brotha, selamat la aku ni jenis chill je, if tak, keluar asap tau !. If ada mslh tu, ckp slow2 suda. Aku ckp je gigit2, bkan buat betul pun (aku bukan karnivor!!). Seumur hidup aku (yg aku igtlah), aku pernah dua kali je terlepas marah org. Puhhhhhhh cukuplah. Paham-paham jelah, aku jd hulk cuma warna merah la. Hehehe.

Okay perlu fokus sekarang !! Kerja harus disiapkn, esok present / brainstorming !!

Khas utk org yg marah aku semalam : Nahhhh

di.hatiKu.sentiasa.Muda


"Alangkah indahnya dunia, bila ktia semua akan bersama selamanya"

Saturday, July 23, 2011

Gambaran : Mas & Ajib

Sehari bersama Salma Zais : Jurugambar














A side project as a jurugambar perkahwinan. Semoga Mas & Ajib berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin.

Thursday, July 21, 2011

Saya boleh berubah !!

Apa Ku Buat . ?!



Roooaaaaarrrr!! Sempena OS Lion dah keluar kan, yg mana aku tak nak beli lg. Tunggu Macbook Pro !! Kumpul duit sudah bermula, hiyakkkkkkk. Ambitious berbenar aku ni. Hadoi

So nak masuk sebulan dah aku kerja kat sini and yeah it has been a blast. The work is gradually picking up right now. Suka suka!

Dalam bbrp minggu lg puasa akan tiba, kali pertama puasa masa kerja! Aku akan try terbaik aku utk berjaya mengharungi bulan Ramadhan ini. (Harapnya, seorg abg aku tu berjayalah dgn apa yg dia nak. Hehe). Puasa masa kerja, mcm best je sbb kerja aku tak guna tenaga sgt la kan.

Hari ni dah Khamis and aku belum tengok Hary Potter or even Transformer. I noe sgt lame!! Tp weekends busy sgt sejak dua menjak ni. Huuuu.

Itu jelah. Sayonara !!


Tuesday, July 19, 2011

rindu . !

errrr aku rasa more to bosan kot. Heeee. Phone abg Apis tercicir jd, senyaplah dunia. Tak dpt buli dia. Grrrrrr

Thursday, July 14, 2011

Obsesi : Azam Reddy

Sbb kan aku takde idea nak tulis apa semalam, termuncul di otak tajuk ni, dan dicabar oleh Azam lah utk menulisnya. Haha. Kan dah satu blog entry ttg kwn baik aku dr MassComm ni!!

Bila detik mula kenal? Aku pun tak tahu, yg aku igt tiba-tiba dia dah jadi kwn baik aku. Hahaha. totally weird huh?! Kenal of course masa PPW, masa MDS mana nak kenal lah kan. Lepas tu kita mula terjebak dgn segala bgai aktiviti di uiTM tu ha bermualah dgn MASSA (ko lari ke SMF kan skrg?! Haha).

Lepas byk punya byk join events, terjadilah rapat. Masuk sem 2 rasanya trus terjadilah kita kawan baik. Yeahhhhh.

Azam ni byk ragamnya, tapi yg paling penting, DEGIL!! Suh makan pun susah, diet kunon. Ceit. Sejak dua tiga menjak ni dia asyik kena gastrik je. Smpai pucat-pucatlah muka dia. Hehehe. Kuat merajuk, ini mmg. Hahaha. And suka sgt tidur lewat. Ish3.

Okay, itu negatiflah kot. Yg positifnya, dia ni suka snyum dan ketawa (Sbb tulah PB2 semua sukkkkaaaaa abg Azam. Haha). Kawan yg baiklah, tak bosanlah kenal dia ni. Kiteorg bkan g aktiviti kat UiTM je, tp kat luar je. Gambar aku plg byk konfirm mamat nilah. Hahaha. Beralbum-album, best of buddies la kaakan. Hehhehe.

Senang cerita, bertuah ah aku dpt kenal mamat ni. Ko tak pyh nak kembang sgt sbb aku tulis entry ni ye, sbb aku mmg xde idea sgt dah. Hahaha. Tapi jgn risau ikhlas lah apa aku cakap. Dia ni satu lagi, perangai agak sama dgn aku, itu sbb ngam kot.

Dah dah dah. Itu jelah nak tulis. Hehehe.



Wednesday, July 13, 2011

Kek

Rabu .

Dah hampir 2 minggu aku kerja, and it is ohsemlah! (sambil typing invoice kerja ku. Haha. Gaji!!). Susah juga cari duit ni kan, dahla tgok wishlist aku tu panjang bkan main!! Hampir semua techy stuff lak tuh. Pokai. Haha.

So Sabtu ni akan balik Raub, sambut menantu Jaimi dan tahlil sekali. Hehe. Tak sabar! Heck yeah.

Jadi aku dpt assignment drpd boss utk buat promo or rebranding for MAS, and sgt2 blur ni!! Aku bukan advertisers sgt. Haha. So ive got a basic idea lah. Nak bg tumpuan kpd culture di M'sia ni ha. Juga sedang editing gambar utk kahwin adik YB Ijal lg ni ha. Grrrrrrr.

So mari sambung kerja sekarang. Fokus!

Tuesday, July 12, 2011

Perkahwinan

Sabtu dan Ahad baru-bau ni aku diupah utk menjadi jurugambar perkahwinan Mas + Ajib (adik abg Ijal. Abgnya InsyaAllah tahun depan katanya. Amin!). Lokasi rumah pengantin perempaun di Kg. Selamat (Aku igt kat Pahang je ada kan Kg Selamat. Okay rindu kampung!!). Mmg meriah yg teramat lah, dengar smpai kena reprint kad jemputan (800 org dijemput!!). mmg tak menang tanagan lah kan aku nak amik gmbr.

Dah la abg Ijal tu kata kat org ramai aku ni org German, dlm semua bangsa itu yg dia pilihnya. Huh!! Bg la British ke? Habis satu kg tanya aku "Akk2, abg Ijal kata akk org German kan?". Aku apa lagi lah, siap tmbh cerita!! "Ye Dik, lahir kat German, tp stay lama dah M'sia ni. I Love M'sia!!". Komen mcm akk ni gebulah, comellah mmg berlambak (kembang sat!!)

Selain tu, it was a sweet wedding. Pengantin dia mmg best dan sporting blaka. Family dia lagilah kan, terbaik!! Hehe. Jadi kini dlm proses editing lah gmbr2 nya, YB Ijal nak Ahad ni. (Jgn marah!).

Lain kali if ada sesiapa nak aku jd jurugambar, silalah jemput ye!!

Kecewa

Kita akan kecewa bila kita mula mengharap, itu sesuatau yang pasti. Takde manusia dlm dunia ni yg tak pernah kecewa. Kalau ada, tahniah! Anda hebat. Tp aku, kecewa mmg selalu. Wahhh tiba-tiba sedih pulak topiknya.

(Dah malam2 buta, sayu mayu lah smbil dngar lagu Sepasang Kurung Biru)

Tapi sekarang aku tgh kecewa dgn kawan2 ku. Huh! Bila dah happy, terus lupa org yg tlg. Hakikat manusia mmg mcm tu la agaknya? Bila susah baru nak carik kita. Huh! Tu jelah entry malam ni, harus tidur. Kerja at 9pg!! I love my Work!!

Monday, July 11, 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda *SMGM*









okay, program ni seminggu lalu (30 Jun - 3 July) tp ni baru aku dpt hapdatenya. Yela kan baru mula kerja, timing semua out. Minggu lepas balik kerja je aku tidur, so paham-paham jelah bila tak hapdate blog kan!! (Alasan, padahal masa kerja boleh je nak online kan tp sbb minggu pertama, so takkan nak online smbil kerja pulak!)

Kembali ke jalan yang benar, SMGM mmg ohsem okay!! Dapat jumpa adik-adik dari Pekan dan Sembrong. Majoriti yg aku sempat jumpa semua budak form 5 lah. Selama 3 hari 2malam kami, pelajar UiTM, telahpun menjdai Mentorkpd Mentee2 sekalian. (Ye aku Salma Mentor! Haha). Bila aku jumpa 5 org adik-adik aku ni, semua tercengang jugak lah igtkan akk ni Mat Salleh. Haha. Si Cik D tu, siap tanya "Akk ni perlu salam ke?". LOL!!

Hari pertama kira agak kelam-kabut jugalah, baru nak mula program biasalah kan. Ehhhhh satttt lupa, Rabu dan Khamis tu kami, mentor, telah lalui sedikit Seminar pendek mengenai peranan kami sbg Mentor. Mari teruskan!!

Bila masuk hari kedua, semua dah berjalan agak lancarlah. Sambil adik-adik dikursuskan dlm Dewan Sri Budiman, kami mentor tidak dilupakan. Kami menerima nasihat kerjaya dari segi interview resume dan pelbagai lagi. Terima Kasih UiTM!! Oh semua ni berlaku in the sub zero dewan Annexe. Hehe.

Haaaaa pada hari kedua ni, malam tu best sikit. Mentor2 disajikan dgn BBQ oleh pihak H2O. Sgt ohsem!! Sambil karok sikit2. Hehehe. Masa ni adik-adik berada di dlm dewan DSB menyiapkan tugasan mereka.

Hari ketiga kami bawa mereka ronda2 UiTM, bermula dari Mawar sampai lah ke DSB. Aku bawak mereka ke DATC, lalui kolej2 kediaman dan juga tak dilupakan konti UFM! Nampaknya ada beberapa daripada mereka tertarik dgn pekerjaan DJ-ing ni. Cantek lah! Hehe.

(nampaknya internet sini slow sikit, so gmbr akan dinaikkan kemudian!!)

Pada hari ketiga ini jugalah kami menerima kunjungan Datuk Hishamuddin Tun Hussein dan keluarga bg majlis Perasmian Penutupan SMGM tahun 2011 di UiTM, Shah Alam.

Pengalaman program ni mmg lain pada lain, kami dah mcm Nanny or parent kpd budak2 ni (Jgn marah adik2. Heeeee). Tp yelah kami diberikan number by group so waktu makan, balik dan pergi semua ikuta nmbor. Kami no 155, so bayangkanlah berapa lamanya aku tunggu anak- ku. Heeeeeee.Other than that this program is sgt2 best dan harus diteruskan dan jgn lupa dikembangkan kpd pelajar sekolah-sekolah yg lain pula. Baru lah adil lagi saksama.

Program seperti ini mampu memupuk semnagat usaha dalam jiwa adik-adik utk meneruskan pengajian ke menara gading. Mana taknya, tengok lah size UiTM tu kalau dibandingkan dgn sekolah-sekolah mereka (Sekolah aku dulu cute je!). So semoga matlamat program ini tercapailah, semoga dipupuklah semngat di dlm jiwa adik-adik yg hadiri seminar ini.

Nanti adik-adik datanglah ke UiTM lagi ye, kami alu-alukan ^_^!!

Isi Blog Minggu ni

Oleh kerana dah lama tak hapdate, longgokan entry akan muncul antaranya :

1. SMGM
2. Wedding
3. Kecewa

Dgn otak yg tgah mamai, ni je yg igt. Haha. Goodnight