Monday, June 15, 2009

Kuantan Tercinta

Fuhhh seminggu tak menulis disini. Ini adalah kerana aku berada di Kuantan! Agak malas tuk on9 menggunakan internet yg slow-melow. Macam-macam terjadi disana. Kira kena bagitau la ye. hehe

Jumaat, 5 June 2009
- di rumah Uncle Azi
- Tahlil

Ape yang berlaku?? Macam2 la, hehe. Dari berborak, ke Makan(agak wajib bg keluarga ku). Ramai ahli keluarga yang tiba dari jauh pada hari itu sperti Kami, Aunty Zarina dan ramai lagi. Seperti biasa Family ku yang terakhir pulang termasuk la aunty Ajan dan aunty Amah. Tolong sikit-sikit tuk Hari perkahwinan anak uncle Azi(Hisyam) keesokan harinya. Kira-kira jam 1am, ada sebuah kereta Persona(ada 2 3 owg lelaki la) telah ulang alik di hadapan rumah uncle Azi. Agak suspicious la.... Tapi sesuatu yang lawak telah terjadi. Begini la dialognya ::

Aku(dgn Slamber gila!) :; ala, mereka terpikat kot dgn kite semua...
(semua gelak besar)

Mak Ocy :: ntah mereka terpikat dgn yg pakai baju polka dot tuh (tok Chu)
(aku sedang pikir, merak ni dah terbawa-bawa. ahhh xpela layan je)

Tok Chu :: ketawa. Yela tu, nanti mereka terkjut takde gigi.. Tua2
(gelak besar lagi)

tetibe semua melarat kata budak2 tu minat kat empunye diri. Ish3

Sabtu, 6 June 2009

Pagi-pagi aunty Zarina dan Uncle Alim call tanye nak breakfast mane. Jadi kami sbg host agak buntu la... Huhu. Jadi kami bercadang bawa mereka2 utk makan soto la di sblh bangunan Mara(maaf tiada gmbr). DAN lepas itu kami makan lagi! Kali ini di Tanjung Lumpur yang feymes tuk Sata dan Otak2. Dessert la weh. Di bawah ada sedikit gambaran(dipinjam ye). Macam la kami ni ta pergi WEDDING lepas ni. Makan je kerja! hehe




Jadi kami tiba di majlis Pekahwinan agak lewat(seperti biasa). Namun masalhnya kami tiada gmbr pengatin(pelik gila!). Samapi2 terus makan!(tak habis2). Borak2 sana sini sambil dibuai nyanyian karaoke(pitching lari gila!).



Tak lama lepas tu kami pun pulang, tapi bukan ke rumah tapi ke Musatapha Cendol!(mak ai makan lagi). Kat sini, fuhhh... tak terkata. Tengok la picnye! Banyak gila!


Malam itu pula kami bergerak ke Tahlil yang dianjurkan oleh Mak Long juga di Alor Akar. Disini kami makan lagi.. Ish3. Tapi disini kami telah rancang suprise birthday tuk Pak Ngah(yang dh berumur 36. ehem2) dan juga aunty Salbiah. Terkejut semua! hehe. Gmbr kek xde sbb cepat sgt habis dimakan. Hehe.


Ahad, 7 June 2009
- New Horizon

Pada hari ini semua telahpun berkemas utk pulang ke rumah masing2. Tapi sblm itu kita mesti menunaikan sesuatu yang wajib iaitu makan! Kali ini kami membawa mereka ke New Horizon. Makan.. Makan.. Makan.. Alhamdulillah


Saya tak jadi pulang maka stay seminggu di Kuantan tapi mereka2 yang lain sblm pulang sempat menziarahi rumah uncle Azi dan tok Lang sebelum pulang kerana mereka2 ini jarang pulang Kuantan maka singgah la sekejap.


Jadi smpai sini je la kot. Saya amat suke family gathering seperti ini tapi ianya jarang berlaku. Jadi sy sarankan sepupu ku cpat2 la kawin kerana masa ini saje la kite dpt berkumpul! hehe

Sekian


p/s :: fakta2 yang diberi tidak lengkap krn aku sudah nyanyuk. Pics di'pinjam' dari Nadhirah Abd Halim. Hehe. Segala hasil tulisan adalah interpertasi ku, jadi jika ada yang tersinggung, maaf

No comments:

Post a Comment