Sunday, March 18, 2012

iPad

Mimpi. Huish. Waiting. For. Another. MONTH !!

Tuesday, March 6, 2012

Kahwin . . . Errrrr

Ha! Topik ni terlampau menarik sampai stop buat kerja dan nak tulis.

Kahwin !

Tahun ni umur ku 23 tahun so jujur kata, kahwin is the last thing that i is on my mind. Bukan nak kejar sgt duit ke apa tapi bila fikir fikir balik aku ni tak hidup pun lagi. What do i mean ? Let me break it down ;

7 - 20 tahun : Sekolah
20 - 23 tahun : Universiti

Jadi pada usia 23 ni lah merasa nak hidup, duit sendiri semua. Bukan nak perli or apa pd kawan-kawan yg nak kahwin/tunang tp this is just me. I am sincerely happy for you guys tp aku nak bertapak dulu dekat atas bumi ni dulu baru nak take that HUGE leap !

Apa-apa pun memang byklah wedding tahun ni dan tahun depan. Wow! Tahniah la korang semua, semoga aku jadi aunty yg cepat. Amin !

Sunday, March 4, 2012

I Give Up !!

LOL! Title yg dramatik -lah. I mean i give up on promising to update this blog as often as possible. Tak pernah nak jadi. Dah jadi mcm monthly entry plak kan. I really don't have the time right now, with work and all (excuse je lebih).

At least tak give up dgn azam utk stay healthy this year!! My problem right now is food!! Exercise and gym dah okay (every 3 times a week, okay lah kan?), makanan sedap ni masalah !! Harap-harap this will continue and not stop half-way !! I really wanna lose some weight :) .

Okay, utk March the thing that i'm waiting for the most is iPad 3 !! Hooo yeahhhhhh. Hopefully worldwide release lah kan, nak sgt iPad White !!

Oh tahun ni is gonna be a super filled year with weddings and engangements lah, schoolmates, officemates, semua nak ke arah tu. Happy for them ! Jadi maknanya i have to buy baju kurung and a better kamera, utk capture al those moments! I'm gonna be a busy be akhir tahun ni.

That should be it for the moment, goodnite Sundae :)

Monday, November 28, 2011

It's Been Awhile

Hey ho howdie! Its been a while since i updated the blog and so many things have happened ! Nothings change much (yet) so fingers crossed for anything that may come.

Its nearing end of the year (Yahhhh its been a year!). 2011 is coming to an end. and here comes 2012 (in a months time). So hoping that all the ho-ha about the world coming to an end in 2012 is not true. With all those crappy movie thats been made about it, my conclusion is that, we are DOOMED. DOOMED i tell yah!!

On a more somber note, i am now 22 years old !!! (a month ago lah). Yeahhhhhhhh. I'm old -_-

Wednesday, August 24, 2011

Cubaan

Mari cuba blogging dgn Blackberry !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 15, 2011

Tanpa kata-kata

"Words carry different meanings every time"

Kata-kata ni sebenarnya besar impaknya kepada hidup kita tanpa kita sedari. Bila kita fikir-fikir balik lah kan, mesti kita baru tersedar kepentingan kata-kata. Dalam hidup kita ni, kita selalu take things for granted. Kita biar je hidup tu lalu depan kita.

Kita kena ingat kata-kata kita itu memberi impak besar kpd org lain dan juga kpd diri sendiri. We are our own motivator. Jadi bayangkan efek kita terhadap orang di sekeliling kita. Heheheh

So tiba-tiba topik yg serius. Hehehe. Entah tiba2 nak berkata-kata ttg kata-kata. Hari Isnin pada minggu yang baru, hari yang baru kita lakukan lebih baik dr semalam. Segalanya bermula dalam dii sendiri.

Ehhhhh dah 2 minggu kita puasa, tak cayalah !!! Raya is just around the corner !! Weeeeee. Rabu ni pun cui umum. Harap dpt ke Shah Alam masa tu utk last minute shopping !!

Okayh, itu je folks. Have a great day !

Saturday, August 13, 2011

Bila Ada dan Bila Tiada

Okay tajuk yang agak tak tahu meaning (deep lah konon kan). Haha. So dilihatkan hari ini hari Sabtu, yup tengah kerja pada hari Sabtu. Backdated files. Huarghhhh.

So a very short post. So nampak sgt tiada kaitan dgn tajuk.

Its the weekends kerja pun dah habis. Sekian !

Syukur !

Monday, August 8, 2011

Puasa

Dah lama tak hapdate kan, busy sgt last week dan ketiadaan internet dirumah agak membantutkan misi hapdate blog. Arghhhhhh.

Okay berita paling paling utama, dah beli BB !! Curve 3G. Sgt cool dan internet agak laju tp agak geram dgn pelan baru MAxis, so confusing. Nak email pun tak boleh. Web browsing pun a no no. Apps world pun just guna wifi dan ini semua bawah plan Social. Grrrrrr.

Selain pd tu, sukanya dah ada BB semula. Arghhhhhh. Hehehe. Eh so skrg dh masuk minggu kedua puasa, Alhamdulillah minggu pertama, puasa okay je. Kekadang je naik angin dan pening yg ekstrem. Kali pertama merasa kerja masa puasa, susah jugak kan sbb waktu mnjadi faktor. Kena beli motor ni. Heeeeee

Jadi selamat berpuasa kpd semua umat Islam di dunia. Wah kunon ramai yg baca kan. Heeeee. Dalam bulan puasa ni juga aku dah mula rajin ke dapur? Kenapa? Aku pun tak tahu lah. Tiba terasa kagum tgok mak aku, kerja dia, masak dia, semua dialah. So nak try tlg sikit. Heeee.

*** nota bawah sekali - Selamat berpuasa. Kbai !

Thursday, July 28, 2011

Masa


Haaaaa bila dah mula kerja ni barulah terasa masa tu berjalan dgn cepatnya, sampai tak cukup masa nak buat kerja. Tak lama lagi aku dgn Sherilyn dah incharge dubroom ni fully, sgt scary okayh!!! Kerja dah mula menimbun, graphics pulak tu. Mmg akit dah mata aku ber'panda' ni. Ingat masa semester je mcm ni, kerja pun sama. Huh!

*** dengar Lyla - Oasis

Tapi selain dari tu, hidup is naice!! Hehe. Harapnya dln next week, ill get a new baby. Arghhh how i miss BBM. Hehehe. Then kumpul-kumpul for Macbook Pro. Hiyakkkkkkk.

Abg Apis kat Perlis lah, kena kursus. Hahah. Padan muka dulu duk perli kena g kursus, hamik kau skrg kena g for 5hari!!!! Muahahahahahahah.Oh hari ni juga harijadi YB Ijal. Hadoiyai. Oh Adi juga nak balik JB, goodbye!! Apa lagi ye??

Haaaa malam ni Harimau Malaysia akan lawan bola dgn Singapura for Olympic qualifiers. Go Harimau Malaysia !!! Rooooaaaaaaarrrrrr


Sunday, July 24, 2011

Sundae


Hari ini hari Ahad, bila Ahad pada kebiasaannya adalah hari cuti utk semua (kpd yg kerja tu, kesian. Hehe. Just kidding! Mesti korang cuti hari lain kannnn). Okay bila Ahad ni datang, antara dua je aktiviti aku, eh salah 3.

1. keluar dgn member
2. keluar dgn family
3. rehat kat rumah je

Tapi utk minggu ini, aku pilih yg ke-3 !! (sorry Adi, malas bebenor nak keluar lah. Hehe). Tadi pagi ke pasar kat TTDI tu, seperti baiasa, ramailah orangnya. Sekarang ni dah ke aktiviti seterusnyalah, rehat!!! Akhirnya dpt aku melepek kat katil aku ni. Puhhhhh rindu !!

*** nota tengah - #nowlistening Teenage Dreams - Boyce Avenue

Semalam ada ke kena marah. Grrrrrrr. Tak pasal2 plak tuh. -_- !! Yaw brotha, selamat la aku ni jenis chill je, if tak, keluar asap tau !. If ada mslh tu, ckp slow2 suda. Aku ckp je gigit2, bkan buat betul pun (aku bukan karnivor!!). Seumur hidup aku (yg aku igtlah), aku pernah dua kali je terlepas marah org. Puhhhhhhh cukuplah. Paham-paham jelah, aku jd hulk cuma warna merah la. Hehehe.

Okay perlu fokus sekarang !! Kerja harus disiapkn, esok present / brainstorming !!

Khas utk org yg marah aku semalam : Nahhhh

di.hatiKu.sentiasa.Muda


"Alangkah indahnya dunia, bila ktia semua akan bersama selamanya"

Saturday, July 23, 2011

Gambaran : Mas & Ajib

Sehari bersama Salma Zais : Jurugambar














A side project as a jurugambar perkahwinan. Semoga Mas & Ajib berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin.

Thursday, July 21, 2011

Saya boleh berubah !!

Apa Ku Buat . ?!



Roooaaaaarrrr!! Sempena OS Lion dah keluar kan, yg mana aku tak nak beli lg. Tunggu Macbook Pro !! Kumpul duit sudah bermula, hiyakkkkkkk. Ambitious berbenar aku ni. Hadoi

So nak masuk sebulan dah aku kerja kat sini and yeah it has been a blast. The work is gradually picking up right now. Suka suka!

Dalam bbrp minggu lg puasa akan tiba, kali pertama puasa masa kerja! Aku akan try terbaik aku utk berjaya mengharungi bulan Ramadhan ini. (Harapnya, seorg abg aku tu berjayalah dgn apa yg dia nak. Hehe). Puasa masa kerja, mcm best je sbb kerja aku tak guna tenaga sgt la kan.

Hari ni dah Khamis and aku belum tengok Hary Potter or even Transformer. I noe sgt lame!! Tp weekends busy sgt sejak dua menjak ni. Huuuu.

Itu jelah. Sayonara !!


Tuesday, July 19, 2011

rindu . !

errrr aku rasa more to bosan kot. Heeee. Phone abg Apis tercicir jd, senyaplah dunia. Tak dpt buli dia. Grrrrrr

Thursday, July 14, 2011

Obsesi : Azam Reddy

Sbb kan aku takde idea nak tulis apa semalam, termuncul di otak tajuk ni, dan dicabar oleh Azam lah utk menulisnya. Haha. Kan dah satu blog entry ttg kwn baik aku dr MassComm ni!!

Bila detik mula kenal? Aku pun tak tahu, yg aku igt tiba-tiba dia dah jadi kwn baik aku. Hahaha. totally weird huh?! Kenal of course masa PPW, masa MDS mana nak kenal lah kan. Lepas tu kita mula terjebak dgn segala bgai aktiviti di uiTM tu ha bermualah dgn MASSA (ko lari ke SMF kan skrg?! Haha).

Lepas byk punya byk join events, terjadilah rapat. Masuk sem 2 rasanya trus terjadilah kita kawan baik. Yeahhhhh.

Azam ni byk ragamnya, tapi yg paling penting, DEGIL!! Suh makan pun susah, diet kunon. Ceit. Sejak dua tiga menjak ni dia asyik kena gastrik je. Smpai pucat-pucatlah muka dia. Hehehe. Kuat merajuk, ini mmg. Hahaha. And suka sgt tidur lewat. Ish3.

Okay, itu negatiflah kot. Yg positifnya, dia ni suka snyum dan ketawa (Sbb tulah PB2 semua sukkkkaaaaa abg Azam. Haha). Kawan yg baiklah, tak bosanlah kenal dia ni. Kiteorg bkan g aktiviti kat UiTM je, tp kat luar je. Gambar aku plg byk konfirm mamat nilah. Hahaha. Beralbum-album, best of buddies la kaakan. Hehhehe.

Senang cerita, bertuah ah aku dpt kenal mamat ni. Ko tak pyh nak kembang sgt sbb aku tulis entry ni ye, sbb aku mmg xde idea sgt dah. Hahaha. Tapi jgn risau ikhlas lah apa aku cakap. Dia ni satu lagi, perangai agak sama dgn aku, itu sbb ngam kot.

Dah dah dah. Itu jelah nak tulis. Hehehe.